Friday, October 22, 2010

Muhasabah Hati

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah Ayat 216 


Bersiap untuk breakfast setelah usai mencuci kain pagi ini…makan roti di dewan makan kolej kediaman, sudah lama rasanya tidak makan di pagi jumaat ni, hmm..apa yg berlaku pagi ini membuatkan hati ana terasa  hendak mencoret sesuatu di blog ni.. “rapuhnya hati wanita bila disakiti”…. Terlihat di satu table lain berhampiran ana, bagaimana seseorang yg seusia dgn ku  menghancurkan kepingan roti ditangannya tanpa menyuap sedikit pun ke mulutnya..sedangkan perut meronta-ronta meminta makanan..setitik teh susu pun tidak dihirup ke mulut..semuanya kerana K.E.C.E.W.A….air mata mengalir deras membasahi pipi mulusnya..sungguh runtun hatiku melihatnya..kisah duka silih berganti menemani hari-hari yg ku lalui..seakan episode drama yg tidak ku tahu bila akan berkesudahan..apalah nasib kaum hawa ini..Subhanallah..
Tidak berani untuk ana berkata2 dgn bunga-bunga bahasa yg hebat, kerana mmg diakui mata kita sekadar dapat melihat sedangkan ujian maha hebat itu lagi berat ditanggung oleh hati yg merasainya sendiri. Wahai kaum hawa…

JANGAN KAMU MENJADI LEMAH !!

JANGAN BIARKAN NAFSU MENGAWAL AKAL !!

JANGAN BIARKAN KECEWA MENJADI HAMBA HATI !!

JANGAN TERSUNGKUR HINGGA REBAH KE BUMI !!

JANGAN PERJUDIKAN HATI PADA SESUATU YG TAK PASTI !!

JANGAN MENANGIS LAGI !!
JANGAN !!
JANGAN !!

La Tahzan…..kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya, jalannya dihias dengan duri-duri luka. Tidak dibiarkan lena dalam nikmat melimpah, tapi dihidangkan keperitan susah payah yang tiada sudah.


Biar apapun ujian yg datang…percayalah, walau sejauh mana manusia lari dari kita…walau hebat mana tekanan yg melanda..kita masih ada ALLAH.. setiap kejadian di bumi ini adalah milik Allah..DIA lebih Maha Mengetahui dan setiap rencana telah ditetapkanNya..maka jadilah kamu org yg bersabar..jadilah kamu orang yg cekal..jadilah kamu insan yg teguh hatinya…jika kamu      K.E.C.E.W.A … kembalilah padaNya..menangislah denganNya…bersujudlah padaNya..berdoalah dan pintalah hanya padaNya..InsyaAllah ketenangan yg dicari akan kamu perolehi..


Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli, kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti….Lembutmu bukan hiasan, bukan jua kebanggaan, tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati..Disebalik bersih wajahmu, disebalik tabir dirimu, ada rahsia yang agung, tersembunyi dalam diri..Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi.

http://www.youtube.com/watch?v=YdBbGBULGBA


_________________________________________________________________________

Thursday, October 21, 2010

Wahai puteriku sayang…



Hentikan titisan jernih dari lembut pipimu..tiada doa yang kuharapkan melainkan agar semangatmu kembali pulih..kekuatanmu kembali teguh. Carilah pasrah dalam menempuh keredhaan ini. Sesungguhnya kita hanya merancang, tetapi Allah Maha menentukan segalanya. Memang perit menghadapi saat-saat pedih ini..namun setiap titisan dukamu telah Allah hintung dengan hikmah dan pengajaran di hadapannya. Teguhlah wahai ukhtiku sayang… jika dirimu berduka..air mata hatiku turut merasa..

Bergembiralah wahai pemudi..kerana esok belum pasti

Beramallah pada Allah wahai ukhti..kerana esok belum pasti
Tiada guna bersedih..kerana masalah tidak dapat diatasi dengannya
Mungkin ini berlaku kerana DIA sayangkan kamu..
Mahu kamu temui insan yang benar-benar mampu membimbing kamu ke jalan yang diredhaiNya
Anggaplah ini satu perubahan untuk satu titik kebahagiaan yang kamu tidak jangkakan
Senyumlah wahai hiasan dunia dan bidadari syurga…

Kita merancang..Allah juga merancang..
Tapi sesungguhnya rancangan Allah lagi baik..percaya pada janji Allah wahai ukhti..
Jika dia jodohmu, pasti takkan kemana walaupun dia lari ke dunia lain sekalipun..
Berpeganglah pada janji Allah
Ikhlaskan dirimu dengan setiap ketentuanNya


"Tunjangkanlah ResahMu di Dada SOLAT, Himpunkan PeritMu di Genggaman DOA, Tutupi KekecewaanMu Dengan KeTakwaan Dan Nilaikan Kesucian HatiMu Dengan KeIkhlasan HATI"
_________________________________________________________________________________

Nukilan hikmah

Allah berkata, “Negeri akhirat itu kami sediakan bagi orang yang tidak sombong di dunia dan juga tidak melakukan kerosakkan di dunia. Kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa ” Surah al-Qasas, ayat 83


An-Nawas bin Sam’an berkata, “Saya pernah bertanya kepada Nabi Muhammad mengenai apakah itu ‘kebajikan’ dan apakah itu ‘dosa’ . Baginda menjawab ‘Yang dikatakan kebajikan adalah budi pekerti yang elok, manakala dosa adalah apa-apa yang menjadikan hati saudara bimbang, sedangkan saudara tidak suka kalau hal itu diketahui orang ramai.”  Direkodkan oleh Muslim


Allah berkata, “berilah kemaafan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang bodoh (yang degil dengan kebodohannya)” Surah al-A’raf ayat 199


Saad bin Abu Waqas berkata, “saya mendengar Nabi Muhammad berkata, ‘Percayalah…Allah cinta kepada orang yang bertaqwa serta kaya jiwanya. Allah Juga cinta kepada orang yang suka melakukan amalan baik secara bersembunyi” Direkodkan oleh Muslim


Muaz berkata, “saya mendengar Nabi Muhammad berkata, Allah Yang Maha Besar dan Maha Perkasa berkata, orang-orang yang saling kasih-mengasihi kerana keagunganku akan mendapat mimbar-mimbar yang tercipta daripada cahaya, yang juga diingini oleh para nabi dan para syahid”  Direkodkan oleh Tirmizi



___________________________________________________________________________________________________________

Thursday, October 14, 2010

Dibukakan pintu Taubat


Dikelar besi panas

Umum mengetahui, penama lengkap Abdul Malek Mohamad Noor atau Malek, 54, mula melewati hidup sebagai pengikut Islam sejati sejak lapan tahun lepas.
Selepas satu demi satu musibah melanda, gerak hatinya berbisik, itu barangkali ujian Allah agar kembali menjadi sebenar Muslim.
Ironinya, selepas tergelincir jauh dari landasan dan tidak mempedulikan Allah sewaktu berada di tengah kota Hong Kong dan Amerika Syarikat awal 90-an, tahun 2002 menjadi saksi apabila jiwa semakin menua itu acapkali tidak tenang biar hidup berbalut kemewahan duniawi.
Didatangi pelbagai mimpi ngeri hampir setiap malam Jumaat termasuk dibakar api neraka, tubuhnya dikelar dengan besi panas, kemuncak Malek mengubah diri saat laungan azan Maghrib berkumandang di balkoni kediamannya yang menghadap Menara Berkembar Petronas.
Masa terus berlalu. Saat anak jati Batu Pahat, Johor itu kini menyerahkan seluruh hidupnya kepada Yang Maha Kuasa, dia mengalami mimpi didatangi arwah ibu, Jairiah Alias menaburkan bunga emas kepadanya dan memimpin ke Masjidil Haram lalu bersujud di depan Kaabah.
Sambil air mata jantannya gugur, ujar Malek, mimpi dialami ini cukup indah sekali gus menyedarkan diri bahawa ibu dan ayahnya yang telah meninggal dunia sentiasa ‘mendoakan’ si anak dari alam kubur. Lantaran itu, tidak hairan apabila kalimat syukur sentiasa terpacul dari bibirnya.
“Saya percaya, doa ibu dari alam barzakh meniupkan semangat ini untuk mendekatkan diri kepada Allah. Diakui, mengambil keputusan untuk bertaubat susah dan ia tidak punya persediaan. Kerana itu, sekali kita ingin kembali kepada Tuhan, kita nekad insaf selama-lamanya.
“Kini, saya puas dengan kehidupan baru. Meski hidup bersendirian selepas dua kali mengalami penceraian, saya mahu bercinta sepenuhnya dengan Allah. Apa jua dilakukan termasuk makan, tidur, memandu, bekerja, keluar rumah dan lain-lain, semua bersama dengan-Nya.
“Sejujurnya, saya tidak minta orang lain bertaubat dan mengikut seperti apa dilakukan ini. Tetapi, tugas saya hanya mahu membuka pintu sedikit kepada orang lain untuk melihat dunia dan akhirat,” tutur Malek yang enggan lagi berhambakan wang ringgit dan material.



Kelahiran semula
Berbeza pengalaman daripada Malek, vokalis kumpulan rock tersohor Search, Amy, awal-awal lagi merasai kelainan dalam diri selepas bergelut dalam belantika muzik tanah air sejak tiga dekad lalu. Pelbagai persoalan melintang di kotak fikirnya tanpa mampu ditolak.

Jelas pemilik nama berdaftar Suhaimi Abdul Rahman, sepanjang bergelar penyanyi dan tingginya populariti diraih, setiap malam sebelum matanya dapat lelap dengan sempurna, dia sering tertanya kepada diri tentang penamat kepada jalan yang diinginkan dalam hidup.
“Hati saya meronta ingin kelahiran semula dan hidup hakiki yang dicintai. Bayangkan, apa jua diminta, Dia beri kepada saya. Situasi ini berlarutan dan saya akui memang tidak mendapat kebahagiaan. Melalui satu proses penceraian dan berlaku lagi dalam rumah tangga.
“Tidak terkecuali, saya mengidam untuk ada anak lelaki dalam hidup. Dalam pada itu, saya bertemu wanita yang kini menjadi isteri. Enggan ambil waktu panjang, saya terus bernikah. Alhamdulillah, tidak lama selepas itu, kami dikurniakan dengan cahaya mata lelaki.
“Kemuncaknya, saya menunaikan umrah buat kali pertama pada tahun 2007 sambil depan Kaabah terfikir kenapa Dia menganugerahkan bakat seni ini. Akhirnya, saya sedar, suara ini sebagai tanggungjawab kepada orang lain,” ucap Amy dengan getar suara perlahan.
Usai pulang dari Tanah Suci, pelantun lagu Isabella itu terdorong untuk menjalani penghijrahan. Tambah lelaki berusia 52 tahun itu, dia seperti menjalani fasa penyucian di rumah Allah sehinggakan menikmati perasaan sukar terucap dengan kata biasa.
“Rupa-rupanya, setelah diimbas kembali, lagu-lagu saya nyanyikan selama ini ada maksud mendalam. Malah, Dia menguji saya dengan ujian yang tidak terpandang termasuk pernah ditipu wang ringgit sehingga menangisi insiden berlaku akibat terlampau kecewa.
“Saya bagaimanapun bersyukur kerana selepas tiga tahun lalu, akhirnya saya mula nampak apa yang diingini dalam hidup. Kalau ada duit banyak sekalipun, ia tetap tidak beri kebahagiaan sebenar. Jiwa kita yang seharusnya ada cinta kepada Dia,” luah Amy.

p/s: sumber dipetik dari KOSMO 
_____________________________________________________________________________________________________________

Tuesday, October 12, 2010

Sabarlah duhai hati...


Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti di uji.

Sekuat manakah cintamu padaNYA. sehebat manakah kasih kamu padaNYA.

Datang ujian dalam pelbagai cara. hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu padaNYA.

Andai kata kuat dan tetap hatimu padaNYA, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayangNYA selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisiNYA masih lemah.

Kembalilah pada cintaNYA yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnahNYA, setiap yang bergelar mukmin pasti akan di uji.

Dari ujian itulah, DIA mencari hamba-hambanya yang benar-benar mendambakan keredhaan dariNYA.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati…

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadapNYA yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

Akan didatangkan seorang yang turut sama mencintaiNYA sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan tuhan yang maha satu.

Maka sabarlah duhai hati…

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali DIA sang pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dariNYA, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.