Thursday, July 26, 2012


SANAH HELWAH


Bismillahirahmanirahim...

Buat ‘chenta’ hatiku...insan yang dirindui tiap waktu..Alhamdulillah Allah pelihara ukhuwah ini.

Cantik akhlak, cantiklah orang memandang kita. Walaupun pada kita ada seribu satu kekurangan, kerana itu perempuan berakhlak, dia adalah bidadari dunia”

Wahai mujahidah tercinta,
Dikala ini aku mengingati sesuatu tentang kamu...bertapa tidakku sedari umur kita sudah menginjak usianya...dan hari ini kamu menyambut ulangtahun buat kali ke-24..Subhanallah, Allah masih sayangkan kamu..Allah masih sayangkan kita..
DIA masih memberi nafas dan nikmat kesihatan...
Masih menjaga ‘hati’ kamu..
Masih memelihara ‘iman’ kamu..
Masih menyuburkan rasa ‘cinta’ itu..

Diberi nikmat rezeki..dilapangkan dada..diberi ketenangan jiwa.. dan yang paling aku bersyukur Allah masih memberi ‘senyuman’ buat kamu...senyuman yang seringkali tergambar di mataku tatkala rindu membuak-buak di hati..


Wahai ‘chenta’ hatiku..
Aku amat berterima kasih kepada Allah..dikesempatan nafas yang Allah pinjamkan, dikurniakan padaku seorang sahabat dan teman sebaik kamu..
Walaupun adakalanya ‘hati’ kita dicuit dengan rasa yang tidak kita pinta..bertikam lidah, ketidaksefahaman pendapat, menaruh syak wasangka....wanauzubillah...tidak pernah ada sekelumitpun ku simpan dalam lubuk hati ini..ku sentiasa berdoa, moga itu adalah ujian dalam membina ‘kematangan’ hubungan ini.

Wahai ‘rindu’ hatiku..
Ketahuilah olehmu, aku bersahabat denganmu kerana Allah...aku berusaha menjadi sahabat buat kamu sebagaimana Rasulullah s.a.w menyayangi dan menyintai sahabat-sahabat baginda. Aku ingin kita sama-sama mencari redha Allah di dunia untuk bekalan kita di akhirat kelak. Aku ingin kita sama-sama mencintai Rasulullah agar kelak di akhirat sana kita beroleh syafaatnya. Aku ingin kita sama-sama berpimpin tangan ke syurga Allah. Biarlah ‘cinta’ yang kita semai ini, dasarnya adalah iman...untuk kita bina ketaqwaan agar kita menjadi hamba yang tawadhuq dan taat.

Aku amat menghormatimu, kerana kamu adalah sahabat yang sentiasa ada disampingku tatkala aku sedih, terluka dan kecewa...bahkan kamu tidak pernah meninggalkan daku walau dalam keadaan gembira..tiap saat dikongsi bersama...melayan kerenahku yang adakalanya mungkin tidak matang.. Subhanallah...maafkan daku jika terlalu banyak mencuri ‘perhatian’ kamu.

Allah itu terlalu sayang pada kita...aku tidak pernah mencari kamu satu ketika dahulu...dan kamu juga tidak pernah mempunyai impian untuk bertemu denganku...bahkan tidak pernah terlintas di hati nama “Fatihah” & “Nik Afifah”....namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya..Allah pertemukan kita di atas izin-Nya..dipererat hubungan kita...dikurniakan rasa sayang sehingga terbit rasa cinta....dan akhirnya rasa rindu itu bertapak...Allahuma’amin...hanya satu yang ku pinta..moga ‘manis’ itu dikecapi dengan rasa penuh keimanan.

Wahai kuntuman dunia..
Aku tidak layak menjadi pembimbing buat kamu, kerana sayapku jua masih lemah...namun aku ingin sekali beriringan denganmu di atas jalan Allah..yang aku tahu manisnya tidak mampu tergambar walau ku coret pena di atas bepuluh-puluh gulungan kertas.  Tetapi aku tidak ingin sekali-kali meninggalkan kamu dan berjalan sendirian..aku harap kamu sabar dengan perjuangan ini...kerana dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata..bukan dunia yg kita juangkan sepenuhnya..tetapi kita perlu cekal mengutip permata-permata bekalan cahaya kita di alam sana yang akan kekal...yang kita percaya sepenuh hati masanya akan tiba..
Doaku agar nafas mu sehingga ke detik ini berpegang teguh dengan kalimah ‘La Illaha Illallah Muhammada Rasulullah’...bertaqwalah sepenunya pada Rabbul Izzati.

Buat kamu yang saya sayang...

Sanah Helwah.. Barakallah fi umrina

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu”

Salam sayang penuh kerinduan,
...Nik Afifah Nik Mustafa...
26 Julai 2012

_________________________________________________________________


Tuesday, February 28, 2012

mencuit HATI


Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan


3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje


5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga


7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik


wallahua'lam ^_^


_________________________________________________________________________________

Sunday, January 15, 2012

TUHAN BERIKANKU CINTA




Tuhan ciptakan dunia itu sangat indah...
Jangan sampai kita tidak tahu memanfaatkan dunia ciptaan Allah itu...
Berhati-hatilah sama dunia...
Terutama berhati-hatilah sama perempuan...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bicara ilmu dengan seorang sahabat setelai usai usrah CINTA Allah..
Seorang sahabat ana bertanya pada ahli kami;
Bagaimana hendak menghindarkan diri daripada berbicara soal perkahwinan tatkala usia sudah semakin meningkat ?
Suatu topik yg menarik minat ana...
Lalu bicara si manis kami:

“perkahwinan itu adalah lumrah kehidupan sayang...sedangkan nabi lagi menyeru ke arah itu..sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

                                                                                                     (riwayat Al-Bukhari)

kita sama sekali takkan mampu menipu perasaan kita untuk tidak membina keluarga sakinah..tetapi mungkin faktor “belum sampai jodoh” menyebabkan kita mahu mengelak sedaya mungkin...apatah lagi tatkala sahabat2 sekeliling yg sudah pun membina masjid dan bakal bergelar suami/isteri tak lama lagi..

jika kita tidak mampu menepis soal itu, adalah lebih baik kita bawa dunia pelayaran fikiran dalam persediaan menjadi seorang anak dan  ibu kepada generasi akan datang.. maksudnya??...hmm...

“Ibu”
...cuba muhasabah balik diri kita dan bersoal jawab..bagaimana aku hendak mendidik dan membesarkan anak-anak yg insyallah bakal lahir dari rahim kita sendiri..
Anak soleh...anak pintar...anak tinggi agamanya...anak taat dan macam2 lagi...tapi mampukah ia direalisasikan sekiranya sekadar meniti di bibir mulut ??

Ayuhai sahabat yg dirahmati Allah...
Cermin diri kita...check & balance balik..ada pepatah berbunyi  ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’..mungkin ada benarnya pepatah tersebut..jika kita nak anak2 dan generasi kita seperti yg diharap..adalah wajar kita membentuk dan mempersiapkan diri kita terlebih dahulu...jgn kita jadi seperti ‘ibu ketam yg cuba mengajar anaknya berjalan lurus’...mungkin boleh, tapi wajaranya ibarat 10:1. Tapi ini bukan bermaksud ...contoh je ni..jika kita masa belajar tak genius mana pon (ecece..) tak semestinya anak esok2 tak jadi pandai...tapi yg dimaksudkan strategi kita mengatur kepentingan dunia & akhirat perlu difikir dari sekarang..jgn kita tau nak tawakal je semata2...ayoyo...mampukah ???...Insyallah (^_^)v 

p/s: nak anak yg taat pada kedua ibu bapa..silalah..plizzlah...tolonglah jadi anak yg taat..klu rasa2 tak bpe nk taat, sila taat mulai saat dan minit ini..(mood: rindu kat ayahanda dan bonda..doakan ana jadi anak yg taat)

“Isteri”
Yang ni cerita di luar topik usrah kami...tetibe mase ngah naip2 ni ana teringat kata2 seorang sahabat...dia ni nak cari seorang calon isteri (mood nak kawen lah tuu...x nak ngaku...)..katanya.. “ana tidak mengimpikan seorang isteri yg sempurna pun (boley cayer ke..kui..kui..)..tapi cukup sekadar agamanya terpelihara (salah2 cikit tu biasalah..kita bukan maksum)..esok2 tunggu dia balik keje (baiknya klu dapat bini cemgini..ecece..)..tahu jaga dia..tahu jaga hati dia (pedasss sungguh..hmm..) menjaga hubungan keluarga dua2 belah pihak (jgn dok buat onar)..cukup sekadar itu” jelas..ringkas..dan padat..itulah definisi ‘isteri solehah’ pada sahabat ana tu..pikir pye pikir..sikit je tu, klu beli barang kat pasar raya pon tak sempat panjang resit kat kaunter...alah macam org dok tulis2 kat blog tu “CIRI2 ISTERI SOLEHAH” kan panjang berjela2..ini cam ciiipppuuuttt je..bagus sungguh sahabat ana ni..kire senang lah sape nak hantar resume kat dia untuk masuk pencalonan “CALON ISTERI”....hehehe..cepat2..tp dia selalu ugak dok sebut, klu boley nak org Sabah...ntah apalaa dia minat sgt kat org negeri di bawah bayu tu...tolong jawab..tolong jawab ukhti2 Sabah !! ...sahabat ana ni al-minatlah sangat ngan lagu kopratasa  ‘permata untuk isteri’ (jiwang karat btol..) sape2 yg nak antar resume tu bolehlah kepilkan lirik atau minus-one lagu tu...(kira bodek lah tu...hehehe..) 

Tapi sahabat..lepas dipikir2...ditapis2..diblender2..diayak2..barulah dapat hasilnya !! Subhanallah...kiasannya teramat dalam...dalam erti kata lain istilah “TAAT” itu menjadi tunjang utama yang bergerak seiring dgn title ‘solehah’ itu...fuhh penat nak pikir ni...cam ne..cam ne ni..

Sekarang dah tak cam dulu..byk yg boley belaja..bak kata sahabat ana tu “bukannya nak kawen esok pun”...soooooooo sempat lagi nk study (naseb baek lah kat universiti tak dak kuliah kawen2 ni...klu tak mmg tak cukup kerusi lah dewan kuliah subjek ni..exam plak dah tentu2 dapat A+ + +)..byk je buku2 berkisar ttg ni..dalam Lebai Google..Ustaz Youtube..dan cam2 lagi...tapi ingat !! belajar bia berguru..klu tak paham, rujuk pada yg pakar..kan sesat susah je...free2 dapat gelaran sepupu Ayah Pin..aiyaakk !

Daripada Abi Umamah al Bahili r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

 "Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah setelah bertakwa kepada Allah ialah isteri yang solehah di mana bila suami memerintahkannya  nescaya akan taat kepadanya, dan jika suami memandangnya dia akan berhias justeru menggembirakannya, dan jika suaminya bersumpah ke atasnya nescaya dia menunaikannya dan jika suaminya tiada, dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta suaminya."  (Riwayat Ibn Majah ). 

"Berkahwin itu satu keberkatan dan anak itu suatu rahmat, maka muliakanlah anak-anak kamu, maka sesungguhnya memuliakan anak-anak itu ibadat."

Itu jee sebernya nak cerita kali ni..tapi tajuk cam tak matching je ngan story-mory kali ni..awaitt ?? ..saje je buat motivasi diri ana “Ya Allah..berikanku cinta bila sudah sampai waktunya agar hatiku tenang...dan jauhilah diriku dari terhumban ke lembah cinta manusia yg bukan hak ku” Mahkotakanku CINTA Keimanan. .Wallahualam
__________________________________________________________________

Wednesday, November 9, 2011

Barakallahulakuma..


Bismillahirahmanirahim…

Salam Aidiladha buat semua…kali ni bukan nak berstory-mory about ari raye…hmm…tapi sal kawen…klu adik2 junior ana dengar ni mesti…hihihi…topik kawen lagi.. raya kedua aidiladha kali ni menjadi saksi termeterainya ikatan kasih kekanda tersayang…selamat diijabkabulkan tepat jam 11.37 pagi…Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…dgn sekali lafaz…abis suda dup..dap..dup..dap di dada…ini pertama kali ana berada dalam masjid yg menjadi saksi terbinanya ‘ikatan halal’ di sisi Allah..dah 5 abg2 n kakak2 kawen…tp tak pernah dtg unt majlis akad nikah…

Hmm…nk dikongsi bersama..patut lah pengantin pompuan nangis2 bila lafaz diakad…berderau bulu roma ana..bila beralih status…tanggungjawab..makanya inilah nikmat rasa CINTA yg Allah kurniakan..

Besederhana dalam perkahwinan…perkara yg paling ana suka..termasuk dalam segenap aspek…hantaran kawen..baju kawen…majlis kenduri-kendara..Alhamdulillah..moga esok2 boleh menjadi pedoman pada diri.

Rasulullah pernah bersabda dlm riwayat Tarmizi: Memberi makan pada hari yg pertama adalah wajib (wajib jg dihadiri) memberi makan pada hari yg kedua adalah sunnah (suatu yg tidak ditegah, dan hukum menghadirinya adalah sunnah) dan memberi makan pd hari yg ketiga adalah sum'ah (riya' serta menunjuk2)

"Allah menciptakan manusia itu seorang diri. Lalu menciptakan jodoh2 buat mereka. Dari sepasang itulah kemudian berkembang biak manusia lelaki dan wanita (surah 4:1). Dan diantara tanda2 kekuasaan Allah adalah diciptakannya isteri2 dari golongan manusia sendiri, supaya mereka boleh hidup senang dan tenteram. agar boleh saling bercinta dan berkasih sayang. Tanda2 itu tentunya berlaku bagi orang2 yg mahu berfikir (30:21)" 




buat abg & kak..



“Barakallahulakuma wa Baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin”


aku terima nikahnya....


Selamat Pengantin Baru

Semua org gelak besar..bila barang hantaran yg dibawa oleh anak kecil ini jatuh tergolek..

yg kaler ijau belah laki...yg biru belah pompuan...



ni lah hasil pulut semangat ana susun setengah jam sebelum Majlis..kira ok lah tuu..hihihi



______________________________________________________________________________________________

Sunday, October 16, 2011

CONVOCATION DAY


Alhamdulillah…ana panjatkan rasa syukur dan penuh rasa kerdil atas rezeki yg Allah berikan. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah.. 7 Oktober 2011, dianugerahkan pengijazahan dari Universiti Malaya. Tepat jam 10.27 pagi Jumaat, ana menerima scroll Ijazah Sarjana Muda dengan air mata kesyukuran. Tidak ada yg terlintas di mata hati pada ketika itu, melainkan wajah ayahanda, bonda, keluarga, guru2 dan pensyarah..Alhamdulillah, kalian adalah guru terbaik mencorakkan kehidupanku.

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran yg jatuh 2 hari sebelumnya, iaitu 5 Oktober, maka ini adalah hadiah paling bermakna untuk tahun ni. Ana hargai tanda kasih warga Mujibur Rahman yg membuat kejutan kek harijadi jam 12.01 tgh malam…hehe…syukran adik2 syg..
Keluarga tercinta..terima kasih atas kehadiran kalian memberi sokongan dan anugerah tahniah di hari Konvokesyenku…thanks to my beloved Bonda, Kak Nin, Abe Aziz, Kak Ju, Abe Lan, Kak Na, Abe Yie, Abe Hafiz, Abe Azim, Adik Syukriah…… my anak2 buah..Asyraaf, Ili Insyirah, Irfan, Zahin, Isam, Naufal….16 org (Alhamdulillah)

Pada teman2 dan sahabat…terima kasih atas ingatan kalian..thanks untuk bunga, bear, coklat dan macam2..moga ukhuwah ini dirahmati Allah. 






__________________________________________________________________________________

Sunday, September 25, 2011

TIDAK BER'TITLE'


Terasa damai mempunyai insan2 istimewa di sekeliling…bulan Ramadhan yg penuh baraqah berlalu pergi dan membawa syawal sebagai pengganti. Bagai satu tradisi zaman-berzaman di kota metropolitan ni…bila mana sepanjang bulan syawal ‘open house’ hampir memenuhi jadual tiap kali weekend menjelang…Alhamdulillah, ukhwah silaturahim tu makin erat..

Jalan2 umah lecturer kali ni benar2 mengajar ana erti “bersyukur” dan “bersabar”. Cekalnya insan ini ditakdirkan buta matanya kekal…hmm..Allah Maha merancang dan menguji.

Dr. Ahmad Kamal Ariffin…ditakdirkan berkongsi hidup dengan isteri tercinta Pn. Nur Hannah yg celik matanya. Kekurangan yg ada pada Dr. Kamal tidak pernah menjadi satu alasan untuk beliau berjaya dalam kehidupannya…menguruskan kehidupan dengan sempurna. Ana cukup kagum dengan insan ini…cukup bangga dgn pengorbanan isterinya yg bukan saja menjadi suri hati padanya, bahkan cukup tekun dan sabar membantu dalam segala aspek. Allah Maha merancang susun atur kehidupan hambanya..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.

Seharian ber’open house’ di rumahnya bersama my beloved friend, Fatihah Adam dan K.ila….menu yg paling menarik “cendol honeydew”…ada rezeki dan peluang nak buat sendiri…insyallah..

Sempena ulangtahun kelahiran Dr. Kamal yg jatuh pada 16 September (bersamaan Hari Malaysia)….selamat hari lahir Dr. Moga Allah merahmatimu..keluargamu..dan CINTA kalian sentiasa diberkati…Amin.

Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus kini merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. 

p/s: jika beliau yg buta boleh melalui kehidupan dgn begitu baik...perlulah kita tau mensyukuri dan memanfaatkan sebaik mungkin anugerah yg ada. 








                                cik tiehah & cik ila


                                baby k.ain...umilia hani


______________________________________________________________________________________________

Wednesday, September 14, 2011

CALON ISTERIKU


Coretan untuk calon isteriku...

Tangan ini mula menulis apa yang telah dirangkai oleh hati ini di dalam kalbu..
Aku mulai tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang...

Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu, tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya...

Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “kau tercipta untukku”...
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah...
Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku...kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku...iaitu dirimu...
Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu...

Aku menginginkan pertemuan kita yang pertama...aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu...walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini...
Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu...
Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran dalam urusan penting...
Kerana aku risau akan menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya...
Kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku...

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz...diriku diselubungi jubah, digelar syeikh..lidahku mengajak manusia ke arah ma’aruf, digelar da’i...
Bukan itu yang aku pinta...kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah...

Yang aku takuti..diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku...
Baik yang indah berhijab...atau yang ketat berT-Shirt....semuanya singgah disisiku...
Aku risau imanku akan lemah...
Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini..

Rasullullah s.a.w pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita” (HR Bukhari, Muslim, Tarmizi)

Aku khuatir amalanku bukan sepenuhnya untuk Rabbku...tetapi untuk makhluknya..
Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini...

Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga..

Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain...

Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca yang menyilau...
Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Loh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita...
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi men’soleh’kan diriku...

Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehan’mu...
Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik”

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada disisi...
Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu...
Di sana engkau setia menunggu diriku...tetapi di sini aku curang kepadamu..andai aku bermain dengan cinta fatamorgana...

Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri...
Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu...cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita...

Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian di antara kita kerana itu pesan Nabi...

Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah putih seakan putih telur ataupun bibir merah bak delima..tetapi cukup Cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi..

“Kahwinilah isteri kerana empat perkara: keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal”

Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya...
Akan ku jadikan syaro’ sebagai pendinding diri kita...

Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai ‘cop’ halal untuk mendapatkan dirimu...
Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan...agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan...

Yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin...
Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu...kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku...

Dariku : Calon suamimu

___________________________________________________________________________________