Thursday, July 26, 2012
SANAH HELWAH
Bismillahirahmanirahim...
Buat ‘chenta’
hatiku...insan yang dirindui tiap waktu..Alhamdulillah Allah pelihara ukhuwah
ini.
Cantik akhlak, cantiklah orang memandang kita. Walaupun pada kita ada
seribu satu kekurangan, kerana itu perempuan berakhlak, dia adalah bidadari
dunia”
Wahai mujahidah
tercinta,
Dikala ini aku
mengingati sesuatu tentang kamu...bertapa tidakku sedari umur kita sudah
menginjak usianya...dan hari ini kamu menyambut ulangtahun buat kali
ke-24..Subhanallah, Allah masih sayangkan kamu..Allah masih sayangkan kita..
DIA masih memberi
nafas dan nikmat kesihatan...
Masih menjaga ‘hati’ kamu..
Masih memelihara ‘iman’ kamu..
Masih menyuburkan
rasa ‘cinta’ itu..
Diberi nikmat
rezeki..dilapangkan dada..diberi ketenangan jiwa.. dan yang paling aku
bersyukur Allah masih memberi ‘senyuman’ buat kamu...senyuman yang seringkali
tergambar di mataku tatkala rindu membuak-buak di hati..
Wahai ‘chenta’
hatiku..
Aku amat berterima
kasih kepada Allah..dikesempatan nafas yang Allah pinjamkan, dikurniakan padaku
seorang sahabat dan teman sebaik kamu..
Walaupun adakalanya
‘hati’ kita dicuit dengan rasa yang tidak kita pinta..bertikam lidah,
ketidaksefahaman pendapat, menaruh syak wasangka....wanauzubillah...tidak
pernah ada sekelumitpun ku simpan dalam lubuk hati ini..ku sentiasa berdoa,
moga itu adalah ujian dalam membina ‘kematangan’ hubungan ini.
Wahai ‘rindu’ hatiku..
Ketahuilah olehmu,
aku bersahabat denganmu kerana Allah...aku berusaha menjadi sahabat buat kamu
sebagaimana Rasulullah s.a.w menyayangi dan menyintai sahabat-sahabat baginda.
Aku ingin kita sama-sama mencari redha Allah di dunia untuk bekalan kita di
akhirat kelak. Aku ingin kita sama-sama mencintai Rasulullah agar kelak di
akhirat sana kita beroleh syafaatnya. Aku ingin kita sama-sama berpimpin tangan
ke syurga Allah. Biarlah ‘cinta’ yang kita semai ini, dasarnya adalah
iman...untuk kita bina ketaqwaan agar kita menjadi hamba yang tawadhuq dan
taat.
Aku amat
menghormatimu, kerana kamu adalah sahabat yang sentiasa ada disampingku tatkala
aku sedih, terluka dan kecewa...bahkan kamu tidak pernah meninggalkan daku
walau dalam keadaan gembira..tiap saat dikongsi bersama...melayan kerenahku
yang adakalanya mungkin tidak matang.. Subhanallah...maafkan daku jika terlalu
banyak mencuri ‘perhatian’ kamu.
Allah itu terlalu
sayang pada kita...aku tidak pernah mencari kamu satu ketika dahulu...dan kamu
juga tidak pernah mempunyai impian untuk bertemu denganku...bahkan tidak pernah
terlintas di hati nama “Fatihah” & “Nik Afifah”....namun perancangan Allah mengatasi
segala-galanya..Allah pertemukan kita di atas izin-Nya..dipererat hubungan
kita...dikurniakan rasa sayang sehingga terbit rasa cinta....dan akhirnya rasa
rindu itu bertapak...Allahuma’amin...hanya satu yang ku pinta..moga ‘manis’ itu
dikecapi dengan rasa penuh keimanan.
Wahai kuntuman
dunia..
Aku tidak layak
menjadi pembimbing buat kamu, kerana sayapku jua masih lemah...namun aku ingin
sekali beriringan denganmu di atas jalan Allah..yang aku tahu manisnya tidak
mampu tergambar walau ku coret pena di atas bepuluh-puluh gulungan kertas. Tetapi aku tidak ingin sekali-kali
meninggalkan kamu dan berjalan sendirian..aku harap kamu sabar dengan
perjuangan ini...kerana dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata..bukan dunia yg
kita juangkan sepenuhnya..tetapi kita perlu cekal mengutip permata-permata
bekalan cahaya kita di alam sana yang akan kekal...yang kita percaya sepenuh
hati masanya akan tiba..
Doaku agar nafas mu
sehingga ke detik ini berpegang teguh dengan kalimah ‘La Illaha Illallah
Muhammada Rasulullah’...bertaqwalah sepenunya pada Rabbul Izzati.
Buat kamu yang saya
sayang...
Sanah Helwah.. Barakallah fi umrina
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan
sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya,
sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu”
Salam
sayang penuh kerinduan,
...Nik Afifah Nik
Mustafa...
26 Julai 2012
_________________________________________________________________
Tuesday, February 28, 2012
mencuit HATI
Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."
1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥
wallahua'lam ^_^
_________________________________________________________________________________
Sunday, January 15, 2012
TUHAN BERIKANKU CINTA
Tuhan ciptakan dunia itu sangat indah...
Jangan sampai kita tidak tahu memanfaatkan dunia ciptaan Allah itu...
Berhati-hatilah sama dunia...
Terutama berhati-hatilah sama perempuan...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bicara ilmu dengan seorang sahabat setelai usai usrah CINTA Allah..
Seorang sahabat ana bertanya pada ahli kami;
Bagaimana hendak menghindarkan diri daripada berbicara soal perkahwinan tatkala usia sudah semakin meningkat ?
Suatu topik yg menarik minat ana...
Lalu bicara si manis kami:
“perkahwinan itu adalah lumrah kehidupan sayang...sedangkan nabi lagi menyeru ke arah itu..sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)
kita sama sekali takkan mampu menipu perasaan kita untuk tidak membina keluarga sakinah..tetapi mungkin faktor “belum sampai jodoh” menyebabkan kita mahu mengelak sedaya mungkin...apatah lagi tatkala sahabat2 sekeliling yg sudah pun membina masjid dan bakal bergelar suami/isteri tak lama lagi..
jika kita tidak mampu menepis soal itu, adalah lebih baik kita bawa dunia pelayaran fikiran dalam persediaan menjadi seorang anak dan ibu kepada generasi akan datang.. maksudnya??...hmm...
“Ibu”
...cuba muhasabah balik diri kita dan bersoal jawab..bagaimana aku hendak mendidik dan membesarkan anak-anak yg insyallah bakal lahir dari rahim kita sendiri..
Anak soleh...anak pintar...anak tinggi agamanya...anak taat dan macam2 lagi...tapi mampukah ia direalisasikan sekiranya sekadar meniti di bibir mulut ??
Ayuhai sahabat yg dirahmati Allah...
Cermin diri kita...check & balance balik..ada pepatah berbunyi ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’..mungkin ada benarnya pepatah tersebut..jika kita nak anak2 dan generasi kita seperti yg diharap..adalah wajar kita membentuk dan mempersiapkan diri kita terlebih dahulu...jgn kita jadi seperti ‘ibu ketam yg cuba mengajar anaknya berjalan lurus’...mungkin boleh, tapi wajaranya ibarat 10:1. Tapi ini bukan bermaksud ...contoh je ni..jika kita masa belajar tak genius mana pon (ecece..) tak semestinya anak esok2 tak jadi pandai...tapi yg dimaksudkan strategi kita mengatur kepentingan dunia & akhirat perlu difikir dari sekarang..jgn kita tau nak tawakal je semata2...ayoyo...mampukah ???...Insyallah (^_^)v
p/s: nak anak yg taat pada kedua ibu bapa..silalah..plizzlah...tolonglah jadi anak yg taat..klu rasa2 tak bpe nk taat, sila taat mulai saat dan minit ini..(mood: rindu kat ayahanda dan bonda..doakan ana jadi anak yg taat)
“Isteri”
Yang ni cerita di luar topik usrah kami...tetibe mase ngah naip2 ni ana teringat kata2 seorang sahabat...dia ni nak cari seorang calon isteri (mood nak kawen lah tuu...x nak ngaku...)..katanya.. “ana tidak mengimpikan seorang isteri yg sempurna pun (boley cayer ke..kui..kui..)..tapi cukup sekadar agamanya terpelihara (salah2 cikit tu biasalah..kita bukan maksum)..esok2 tunggu dia balik keje (baiknya klu dapat bini cemgini..ecece..)..tahu jaga dia..tahu jaga hati dia (pedasss sungguh..hmm..) menjaga hubungan keluarga dua2 belah pihak (jgn dok buat onar)..cukup sekadar itu” jelas..ringkas..dan padat..itulah definisi ‘isteri solehah’ pada sahabat ana tu..pikir pye pikir..sikit je tu, klu beli barang kat pasar raya pon tak sempat panjang resit kat kaunter...alah macam org dok tulis2 kat blog tu “CIRI2 ISTERI SOLEHAH” kan panjang berjela2..ini cam ciiipppuuuttt je..bagus sungguh sahabat ana ni..kire senang lah sape nak hantar resume kat dia untuk masuk pencalonan “CALON ISTERI”....hehehe..cepat2..tp dia selalu ugak dok sebut, klu boley nak org Sabah...ntah apalaa dia minat sgt kat org negeri di bawah bayu tu...tolong jawab..tolong jawab ukhti2 Sabah !! ...sahabat ana ni al-minatlah sangat ngan lagu kopratasa ‘permata untuk isteri’ (jiwang karat btol..) sape2 yg nak antar resume tu bolehlah kepilkan lirik atau minus-one lagu tu...(kira bodek lah tu...hehehe..)
Tapi sahabat..lepas dipikir2...ditapis2..diblender2..diayak2..barulah dapat hasilnya !! Subhanallah...kiasannya teramat dalam...dalam erti kata lain istilah “TAAT” itu menjadi tunjang utama yang bergerak seiring dgn title ‘solehah’ itu...fuhh penat nak pikir ni...cam ne..cam ne ni..
Sekarang dah tak cam dulu..byk yg boley belaja..bak kata sahabat ana tu “bukannya nak kawen esok pun”...soooooooo sempat lagi nk study (naseb baek lah kat universiti tak dak kuliah kawen2 ni...klu tak mmg tak cukup kerusi lah dewan kuliah subjek ni..exam plak dah tentu2 dapat A+ + +)..byk je buku2 berkisar ttg ni..dalam Lebai Google..Ustaz Youtube..dan cam2 lagi...tapi ingat !! belajar bia berguru..klu tak paham, rujuk pada yg pakar..kan sesat susah je...free2 dapat gelaran sepupu Ayah Pin..aiyaakk !
Daripada Abi Umamah al Bahili r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah setelah bertakwa kepada Allah ialah isteri yang solehah di mana bila suami memerintahkannya nescaya akan taat kepadanya, dan jika suami memandangnya dia akan berhias justeru menggembirakannya, dan jika suaminya bersumpah ke atasnya nescaya dia menunaikannya dan jika suaminya tiada, dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta suaminya." (Riwayat Ibn Majah ).
"Berkahwin itu satu keberkatan dan anak itu suatu rahmat, maka muliakanlah anak-anak kamu, maka sesungguhnya memuliakan anak-anak itu ibadat."
Itu jee sebernya nak cerita kali ni..tapi tajuk cam tak matching je ngan story-mory kali ni..awaitt ?? ..saje je buat motivasi diri ana “Ya Allah..berikanku cinta bila sudah sampai waktunya agar hatiku tenang...dan jauhilah diriku dari terhumban ke lembah cinta manusia yg bukan hak ku” Mahkotakanku CINTA Keimanan. .Wallahualam
__________________________________________________________________
Subscribe to:
Posts (Atom)