Wednesday, April 27, 2011

KEBAIKAN & KEADILAN



Daripada Abu Hurairah r.a: Nabi SAW bersabda: “Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari ketika matahari terbit. Engkau mendamaikan antara 2 org adalah sedekah. Engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya ataupun engkau menolong mengangkat barang-barang ke atas tunggangannya adalah sedekah, dan perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Engkau menjauhkan bahaya di jalan juga adalah sedekah.” (Riwayat al-Bukhari)

1.      Setiap hari sewaktu matahari terbit anggota badan manusia bersedekah dengan tasbih, tahlil dan takbir. Dalam riwayat lain menyebut: “Ia memadai dgn dua rakaat solat Dhuha” (Sunan Abu Daud)

2.      Allah memerintahkan manusia supaya bersifat adil sesama sendiri. Org yg bersifat adil akan mendapat kedudukan di atas mimbar yg bercahaya dan mendapat naungan pada hari kiamat.
\
           Seseorang wajib memberi pertolongan kpd org yg meminta bantuan. Namun pertolongan tidak mesti diberikan kpd org yg dibimbangi akan melakukan tipu daya.

4.      Kelebihan kalimah yg baik umpama sedekah dan ia diterima Allah SWT. Contohnya dgn memberi dan menjawab  ‘salam’, menjawab ucapan org bersin, berzikir kpd Allah, amar ma’aruf nahi mungkar.

5.      Kelebihan berjalan ke masjid dianggap sebagai sedekah. Ia menjadi sebab penghapus kesalahan krn setiap langkah yg diatur untuk ke masjid akan menghapuskan kejahatan dan dicatatkan sbg kebaikkan.

6.      Kelebihan solat jemaah dan jalan kebaikan adalah banyak.

7.      Berwaspada daripada pertuturan yg tidak baik.

8.      Galakkan memberi khidmat kpd golongan muslimin.



__________________________________________________________________________

ADAM & HAWA



Benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. Jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. Jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. Jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. Jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. Jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. Jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..

sekadar renungan bersama..^^
sumber: perkongsian dari sahabat islam


_________________________________________________________________________________

Monday, April 25, 2011

Dia Datang LaGi


وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا


“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”


Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yg lebih keras daripada batu
Lebih tajam daripada tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam..
Lebih panas daripada bara…

Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yg baik…
Kerana jika tak tumbuh semuanya..nescaya tumbuh sebahagiannya..
Salam juang di medan peperiksaan..





**Dedikasi untuk sahabat perjuangan final year..[nk grad daa..] adik2 junior..& seluruh warga kampus..Insya’allah.


__________________________________________________________________________________

Wednesday, April 20, 2011

Cik Tiehah


kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu


mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia

menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)

...sayang kerana Allah...

__________________________________________________________________________________

Tasbih Cinta ILahi


Yang indah hanya sementara,Yang abadi adalah kenangan,Yang ikhlas hanya dari hati,Yang tulus hanya dari sanubari,Tidak mudah mencari yang hilang,Tidak mudah mengejar impian,Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga,Ingatlah pada pepatah..

"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai,maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"


Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.


_______________________________________________________________________________________________________



Tsunami Hati


Sudah masanya daku berundur diri…

Dengarkan…
Isi hati penuh kejujuran..sepenuh keikhlasan..Ku damba hanya pengertian...

Jangan kau dengar fitnah dunia..Kerana ianya dusta semata-mata…
Sebenarnya aku merasa..Sinar cahaya yang gemilangKetika kau beriku harapan..
Dan sering aku harapkanCinta berlandas keimananDan kasih suci yang diberkati..

Ku cuba sedayaAgar dirahmati perhubungan yang telah terbina..Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu…

Tuhan berikanlah..Ketabahan pada hatiku…



Ya Allah...jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya..janganlah biarkan aku melabuhkan hati aku dihatinya...kikislah pesonanya dari pelupuk mata aku dan jauhkanlah dia dari relung hatiku...gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih daripadaMu yang tulus murni...Dan tolonglah aku agar dapat mengasihaninya sebagai SAHABAT...
__________________________________________________________________________________