Tuesday, September 6, 2011

PUASA ENAM

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].



Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:

( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.

Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].

Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah: 

1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.

Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:

 وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِين[ [آل عمران: 133]

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]

2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.

Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ ) 
رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]

Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.

Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].

قال النووي في شرح مسلم: “وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان.”

Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].

3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?

Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat:  Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]

Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]

Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.

Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.

Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:

(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.


Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.

Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian.

p/s: di 'copy' and 'paste' untuk perkongsian


__________________________________________________________________________________________


LAFAZ SAKINAH

 
"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Bunyi macam senang ?ni erti sebenar dia :

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung se
mua dosa bakal anak-anak aku.kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku. "
 
 
 
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda
Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Suami yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha penuh dengan kreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri.

Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.


Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam mencari nafkah untuk keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.


Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:

LELAKI ADALAH PEMIMPIN (PEMBELA DAN JUGA PELINDUNG)BAGI WANITA KERANA TUHAN TELAH MELEBIHKAN YANG SATU DARI YANG LAIN NYA,DAN KERANA SUAMI TELAH MENAFKAHKAN SEBAHAGIAN DARIPADA HARTANYA

Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri, perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam menghadapi wanita.


Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangak buruk,pemarah, pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.


Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah merasa jemu dalam memberi sifat tanggungjawab, ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab oleh suami.


Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah pemikirannya.


Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.


Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud:


DUNIA ADALAH HIASAN DAN HIASAN YANG TERBAIK IALAH MEMILIKI ISTERI YANG SOLEHAH


Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.


Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini ialah beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.



Sifat-sifat isteri solehah:


1.Mentaati perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.

2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
6.Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.


p/s: perkongsian ini sekadar dikongsi untuk peringatan diri dan sedikit input panduan atas isu2 konflik rumahtangga yg banyak menghiasi dada2 akhbar...termasuk kes penderaan isteri...Nauzubillah !!

_______________________________________________________________________________________________________________

Thursday, August 4, 2011

1432H


Bismillahirahmanirahim...Pendita Cinta sudah lama tidak menulis..Subhanallah..beralih rutin benar2 mengajar erti hidup..
Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahuakbar....
Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan
bermaksud:

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke
atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan
ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.
Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)



Alhamdulillah...hari ini masih diberi kesempatan nikmat kehidupan bertemu dengan bulan yang begitu dirindui, Ramadhan Kareem...sudah 2 hari ana menerima SMS Ramadhan dari keluarga, sahabat, teman2, pensyarah..Alhamdulillah...begitu bermakna harapan dan doa kalian.
Dalam kegembiraan menyambut Ramadhan..terasa sedikit sayu di hati ini tatkala bersahur sendirian menyambut 1 Ramadhan...masuk kali ini sudah 4 tahun tidak menyambut 1 Ramadhan bersama keluarga tercinta...tidak makan semeja..tidak menjamu sehidangan dengan ayahanda, bonda dan adik-beradik...Subhanallah..m. maaf kerana tiada keizinan untuk bersama kalian. Tuntutan dan tanggungjawab pada diri perlu dilaksanakan..Doa ana, moga sinar kesejahteraan ikatan kita sekeluarga akan dipelihara Allah..badai ombak yg datang moga menjadi ujian dan tarbiyah dari Yang Maha Esa.  Buat kaum keluargaku...hati ini merindui arwah adik Hakim...tiada dia bersama Ramadhan kita...kopiah bersulam namanya masih ada dalam simpanan..moga ia bahagia di sana..

Buat semua kenalan...SALAM RAMADHAN
_________________________________________________________________________________

Monday, June 20, 2011

KIRI kanan KEHIDUPAN


Bismillahirahmanirahim…

Bicara qalam ini ana usahakan untuk diukir penuh sabar walau hanya sebaris dua… Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan…

Beralih tanggungjawab benar2 menduga segala aspek dalam melangsungkan sebuah kehidupan. Alhamdulillah….Alhamdulillah..Alhamdulillah…Allah melancarkan kudrat ini walau adakalanya diuji dgn pelbagai cubaan..

Hmm…tanpa sedar, dari dunia sebagai pelajar..kini melangkah ke alam pekerjaan..tiada lagi jadual kuliah mahupun tutorial…tiada lagi lambakan assignment dan kuiz2 mingguan..berhenti seketika dari dunia Mahasiswa, Insyallah (tak lama…Insyallah).  Hati ini tak pernah kering dari dunia ilmuan..Cinta ini belum berhenti..

Jadual kehidupan kini sudah berubah…8.30 a.m – 5.30 p.m …walau agak penat pada awalnya, namun “alah bisa tegal biasa” Insyaallah..

“RINDUKAN SAHABAT”…subhanallah..itulah gelojak jiwa yg dirasa pada hati ini…hmm..ada juga merisik khabar..masih ada yg enak dibuai cuti..ada yg tgh praktikal..ada yg sudah bertatih di dunia pekerjaan…ada yg baru saja tamat pra-pekerjaan….dan ada yg dah menamatkan zaman bujang…bertunang pun tak kurang hebatnya…Alhamdulillah, mana yg baik percepatkan..moga Allah melancarkan urusan kalian..tak sabar rasanya untuk bertemu bulan Oktober nanti…nnt mst ada yg bawa suami dtg grad…ecece..akan ana hitung saat itu nanti..Insyallah..

“Kullu Nafsin Zaiqotul maut ”

…byk mendengar berita kematian semenjak dua menjak ini…pada sahabat ana Ahmad Syafiq a.k.a Tengku...abg ipar…mak sedara…didoakan

“Innalillahiwaina ilaihirojiun…Allahumagfirlaha  Warhamha waa’fihi wa’fuanha”

Diorang pergi…dan kita akan menyusul…Cuma tiada yg tahu bila masa..saat..dan detik..Allahuakbar..

Dalam hambatan kerja..Allah memberi kesempatan untuk menjenguk sahabat yg baru saja bersalin..Alhamdulillah…anak lelaki yg menjadi penyambung umat Nabi..Insyallah..”Mohd Darwiss Aqil b. Mohd Lokman Hakim” fuhh !! panjang bebenor namanya…tak sangka ibu muda ini adalah sahabat yg sama2 mengutip ilmu di tanah gersang satu ketika dulu..setelah hampir 9 tahun tidak bertemu mata, dgn kasih sayang Allah…tubuhnya kembali ana peluk..erat…matanya kembali ana tatap..pelbagai cerita dikongsi…nostalgia lama ditaut kembali…ayuhai Subhanallah…rindunya ana pada warga SMU (A) Badang…keluarganya baik..Alhamdulillah..time kasih untuk Zue sekeluarga….perjalanan pulang dari sana memakan masa sgt lama..pelbagai halangan yg ana terpaksa lalui…tapi ada pengajaran yg ana kutip di sepanjang perjalanan ini…

Begini citenya…tidak berniat membuka aib sesiapa..tp sekadar peringatan..”berpeluk dan bercumbuan di khalayak ramai…meraba sana-sini…tanpa segan binti silu membuat free show di stesen LRT…org camni patot dikokah je antu kak limah…hehe selingan je..astaghfirullah…ana malu sebab insan ini adalah manusia dari bangsa Melayu…awaitlah jadi lagu ni..” mungkin benar kata ustaz, “manusia ni tak takot berbuat dosa sbb Allah tak bayar CASH”…peringatan demi peringatan tak menusuk kat ati klu dah hitam bergelumang dosa…kalimah2 suci Allah telah byk memberi peringatan..bkn tidak punya ruang mahupun kesempatan…tp dangkal nya manusia seperti ini yg tidak tahu menghargai..Subhanallah…didoakan moga Allah sinarkan hidayah pada hati2 mereka….ameen…


Nampak pasangan suami isteri berpurdah atas LRT…hati ana tersenyum…Subhanallah ;-) …teringat serangkap doa di dalam sujudku

“Robbana hablana min azwajina wazuriyatina quratta a’yunn waj’alna lilmutaqeena imama”

Sampai suda di stesen Chempaka..wajah2 riang anak2 buah iLi, Irfan, Ikmal, Isam benar2 melupakan kepenatan langkahku sepanjang hari tu…Alhamdulillah.. ;-)

wallahu'alam
___________________________________________________________________________________________________________


Wednesday, June 8, 2011

Bahtera Cinta


Bismillahirahmanirahim…

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…pejam celik…pejam celik…setelah hampir tiga tahun, akhirnya usai juga pengajian ijazah ana..last paper diharungi dgn baik pada 11 Mei 2011..Alhamdulillah…sedey pulak melangkah kua dr exam hall..sob…sob…sob…itulah bangunan yg paling ana tak suka sejak dr 1st year lg…ku akan merinduinya…

Hmm…cuti pnjang akn bermula..nk tunggu majlis grad Insyallah bulan Oktober nnt..(mode: perancangan sudaa diatur rapi..moga dipermudahkan Allah…amin..) sahabat2 ada yg bertanya.. “Kak Nik ikut pra-pekerjaan ??..dgn pantas ana jawab..tak..akak ikut pra-perkahwinan”....gurau je…aiseyy man..blum sampai seru lg…sebut sal kawen..Alhamdulillah dh beratur kad jemputan dan jemputan melalui Muka Buku (FB).. ada yg mampu kaki ni sampai, Insyallah…yg jauh2 sgt + tak sempat = minta maaf lah ye..kirim tlg mkn nasi minyak untuk ana..tak banyak pon..3 sudu je (kena mkn sikit je skrg…huhuhu..)

21 Mei 2011 - Kak Juwairiah & Azam – Shah Alam (Senior KK3, UM)
28 Mei 2011 – Syikin & Isharudin – Kelantan (Adik Hazarita KK3, UM)
29 Mei 2011 – Kak Diana & Riezli – Perak (Senior KK3, UM)
3 Jun 2011 – Along & Suami – Kelantan ( member SMK. PUTERI)
4 Jun 2011 – Izzah & Suami – Perak (Cossmate , UM)
6 Jun 2011 – Alizam & Suami – Kelantan (member SK.TIP)
18 Jun 2011 – Siti Aminah & Suami – Kelantan (member SK.TIP) 

+

+

Kenduri-kendara sedara mara kat kampung (bonda mesti dapat banyak kad musim kawen ni..pastu selit kat tiang rumah..and then buat list kat white board dapur…dh lepas padam..hehe..mst banyak beli gula ngn susu nk bwk bg kat tuan rumah.. dulu pernah tye bonda “nape tak bagi kicap ke..tomato ke…budu ke..rempah curry ke..ehehe..bonda tak jwb smp arini..doo noo laa haa..”)

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Kata org tua2 (bukan ana lah)…Nak kawen ni bkn senang…dari bujang akn hidup berdua dan ber +++.. pasni dh kena berkongsi segala-galanya…yg penting bahtera dibina harus kuat dan teguh…nk teguh camne tu…hmm..pikiq lh sndri.. cam main masak2 lah..bagus pye air tangan..Insyallah sedaplah hasilnya..lemak berkrim, disukai ramai..hihi.. Nanti jadi suami soleh dan isteri solehah ye..moga melahirkan anak2 yg bakal menjadi mujahid dan mujahadah..amin..
byk boley belajar ilmu kawen+ rumahtangga kat blog favourite ana  http://niqobgirl.blogspot.com/ dan buku kesayangan “Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul” [mode : nak kawen jugak..sob…sob..sob.. L]

Buat cossmate dan kengkawan yg nak bertunang tu..Tahniah !!
Buat kengkawan yg  baru dapat baby sulong dan otw nk bersalin tu..Tahniah jgk Cik Nik ucapkan !! (ibu2 muda…suke…suke..)
Wallahu’alam.

__________________________________________________________________________________

FINAL YEAR PROjECt


Bismillahirahmanirahim….

Dah lama tak punye kesempatan nk meng ‘update’ blog…hehe..Allhamdulillah Allah izinkan jua..Maha Suci Engkau yg merencana segalanya..

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…akhirnya berakhir jua penulisan tesis @ Latihan Ilmiah bagi melengkapkan syarat pengijazahan..hmm..bila dh siap jilid dan submit..Subhanallah lega yg amat..setelah 1 semester lebey bertungkus lumus ke hulu-hilir…akhirnya tadaaa….

18 APRIL 2011 !!!


bersama Nadia Lalala & K.Hawa di Arkib Negara



Bagi ana usaha menyiapkan penulisan ni bukan sesuatu yg mudah..ia bkn sekadar menulis, bahkan memberi ana 1001 pengalaman yg belum tentu dtg semudah durian gugur ke bumi (mode: nak makan durian…huhuhu..)

Ingatan budi, tautan kasih…ana dedikasikan ucapan ini:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Alhamdulillah saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sekalian sahabat baginda. Kesempatan yang dikurniakan ini adalah satu tempoh ujian dalam usaha menyelesaikan Latihan Ilmiah yang menjadi nadi penting sebagai pelengkap Ijazah Sarjana Muda. Ku titipkan setinggi-tinggi penghargaan buat penyelia Dr. Danny Wong Tze Ken atas bimbingan beliau yang cukup tekun dan sabar memberi tunjuk ajar. Bantuan cetusan idea pada peringkat awal oleh Dr Azhar Mad Aros amat saya hargai. Penghargaan ini juga ditujukan khas buat pensyarah-pensyarah di Jabatan Sejarah Universiti Malaya yang turut sama mencurah ilmu dan pengalaman dalam memberi pemahaman yang jitu berkaitan latihan ini. Kalian adalah pejuang ilmu yang utuh dalam memartabatkan pendidikan anak bangsa. Sekalung penghargaan buat ayahanda dan bonda serta keluarga yang cukup memahami komitmen dan memberi sokongan padu dalam menyiapkan Latihan Ilmiah ini. Terima Kasih juga diucapkan buat seluruh kakitangan Muzium Polis Negara, Arkib Negara Malaysia serta Arkib cawangan Terengganu dan Kelantan, Muzium Perang  dan Muzium Negeri, IPD Terengganu, Balai Polis Bukit Aman, Maktab PDRM di atas kerjasama membantu dari segi bahan dan pengolahan idea. Sekalung peringatan budi juga saya sampaikan kepada mana-mana pihak persendirian dan individu-individu yang terlibat secara langsung dalam melengkapkan tugasan ini. Jasa dan budi kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

“Apa yang kita tulis akan terukir abadi sepanjang masa.
Apa yang kita ucap akan sirna bersama pusaran waktu”
 _________________________________________________________________________________

Sunday, May 1, 2011

PAHITNYA HEMPEDU


Subuh ini diiringi gerimis kecil dan angin yg lembut menyentuh pipi…Subhanallah nikmatnya…selepas Ma’tsurat habis ku baca…ku capai sekeping artikel bulanan Balai Islam yg tersusun rapi di sudut tepi sebuah meja…artikel bewarna merah jambu ini benar2 menarik minat untuk ku membacanya…ada yg ingin dikongsi bersama…
Bismillahirahmanirahim…bermula kalam…
_______________________________...

“ Panggilan dibuat… [Deringan lagu ‘Freedom’ oleh Maher Zain…]

Dalam nada sayu… “Assalamualaikum bonda…

Salam bersambut… “Waalaikumusalam…Terkesan di hati seorang ibu…knp ni sayang…

Aisya : Bonda… Masyallah…hati anakanda terluka lagi…Allah Maha Menguji…

Bonda: Sabarlah puteriku sayang…ujian itu tanda kasih Allah pada kita.. knp buah hatiku berduka ?

Aisya : Kerana insan bernama ‘Lelaki’ bonda..org yg pernah mencuri hati anakanda satu ketika dulu… anakanda jaga segala batas syariat walaupun tidak cukup sempurna..tapi sampai satu tahap ‘hempedu’ yg terpaksa anakanda telan… [sendu tangis mula mengiringi]

Bonda:  Aisya Humaira…puteri tercinta bonda…tidak salah membuat pilihan dan berusaha mencari jodoh kita krn Allah pun suruh kita berusaha…tapi anakanda aisya perlu redha dgn ketetapan ALLAH yg tiada siapa pun tahu…ingat puteriku sayang… ‘kita merancang…Allah juga merancang’ dan sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah…

Aisya: Tapi knp sebelum ini dia ‘mengkhitbah’ anakanda walaupun secara realiti tidak mengikut adat melayu…secara dasarnya dia telah mengikat hati anakanda…

Bonda: Aisya Humaira…mungkin dia sebenarnya tidak pasti dgn apa yg dilafazkan…kita mungkin tidak tahu kondusi yg sebenar…anakanda sayang, adalah lebih baik jangan bersangka buruk padanya..pupuklah diri dan jiwa dgn sifat Husnuzon yg diajar oleh Rasulullah…

Dalam esak tangis dan air mata yg membasahi pipi tanpa dapat disekam lagi…

Aisya: Subhanallah bonda…anakanda tak kuat…

Bonda: Sayangku Aisya Humaira…carilah kekuatan itu anakku…sesungguhnya Allah tidak akan memberi ujian lebih dari kemampuan diri hambanya krn Allah lbh Maha tahu sayang…dan ingatlah pesan bonda…

“Seberat ujian kita…mungkin ada lagi ujian yg lebih berat menimpa insan lain”

Bonda tahu berat tatkala bercakap soal hati dan perasaan…apatah lagi yg melibatkan pemeliharaan iman, amal dan ilmu kita…tapi carilah kekuatan itu dalam sujudmu…ibadah akan mententeramkan jiwa.. Insyallah..  ingat ni sayang..merasai kehadiran Allah dlm hati menjadikan kita sentiasa ada teman walaupun keseorangan. Kosongnya hati kita dari mengingati Allah akan membuat kita kesepian walaupun berada ditengah ramai org. Jadi penuhilah hati kita dgn mengingatiNya moga hidup kita sentiasa terisi dgn kasih dan rahmatNYA.

Aisya: Aisya cuba bonda…terima kasih krn memahami…anakanda kagum dgn ketabahan bonda yg sering menjadi motivasi pada Aisya…bangga krn bonda adalah “ibu” Aisya Humaira…
_______________________________________...

…hmm…begitu terkesan dialog di atas…Masyallah…semoga Aisya tabah…

Suka untuk ana analogikan sesuatu pada kes ini…teringat ana akan cerita seorg sahabat:

“Pada satu ketika sedang beliau dan sahabat2nya mencari parking kereta di sebuah pasar raya….kebetulan pada ketika itu parking sgt full..berkali2 kereta dipusing mencari ruang kosong bagi menyelit sebuah kancil merah…tiba2 sahabat terlihat satu ruang kosong..hati pada awalnya bersorak keriangan..Alhamdulillah, ada ruang kosong…tiba2 seorg sahabatnya lg mencelah…tak mau…tak mau…jauh sgt dari pintu masuk…pnat nk jalan…semua “Ooooo…” ok2 kita cari yg lain…

Sahabat2 terus berpusing2 mencari parking lagi…smp semua kepenatan…dgn takdir Allah..kesabaran akhirnya berhasil…satu ruang kosong telah diperolehi…setelah kereta diparking, semua keluar dgn muka riang..Alhamdulillah kita dapat parking yg hampir dgn pintu dan mudah diingati…” apa yg dapat disimpulkan…ketahuilah bila sudah bukan ketentuan rezeki kita…ia akan terlepas dari tangan…jgn pernah berputus asa krn Allah menyediakan sesuatu yg lebih baik di hadapan…hah !! kan dh dapat parking paling dekat ngn pintu…nseb baik tak parking dalam pasaraya tu..kot2 depan kaunter…lari habis semua… hehehe… wallahu’alam


ALLAH menguji keikhlasan HATI kita bila kita BERSENDIRIAN,
ALLAH memberi KEDEWASAAN bila kita ditimpa MASALAH,
ALLAH melatih kita dengan KESABARAN dalam kesakitan,
ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu kecuali dgn 
menggantikannya dgn yg lebih BAIK
 ____________________________________________________________________________________