Thursday, October 21, 2010
Nukilan hikmah
Allah berkata, “Negeri akhirat itu kami sediakan bagi orang yang tidak sombong di dunia dan juga tidak melakukan kerosakkan di dunia. Kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa ” Surah al-Qasas, ayat 83
An-Nawas bin Sam’an berkata, “Saya pernah bertanya kepada Nabi Muhammad mengenai apakah itu ‘kebajikan’ dan apakah itu ‘dosa’ . Baginda menjawab ‘Yang dikatakan kebajikan adalah budi pekerti yang elok, manakala dosa adalah apa-apa yang menjadikan hati saudara bimbang, sedangkan saudara tidak suka kalau hal itu diketahui orang ramai.” Direkodkan oleh Muslim
Allah berkata, “berilah kemaafan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang bodoh (yang degil dengan kebodohannya)” Surah al-A’raf ayat 199
Saad bin Abu Waqas berkata, “saya mendengar Nabi Muhammad berkata, ‘Percayalah…Allah cinta kepada orang yang bertaqwa serta kaya jiwanya. Allah Juga cinta kepada orang yang suka melakukan amalan baik secara bersembunyi” Direkodkan oleh Muslim
Muaz berkata, “saya mendengar Nabi Muhammad berkata, Allah Yang Maha Besar dan Maha Perkasa berkata, orang-orang yang saling kasih-mengasihi kerana keagunganku akan mendapat mimbar-mimbar yang tercipta daripada cahaya, yang juga diingini oleh para nabi dan para syahid” Direkodkan oleh Tirmizi
___________________________________________________________________________________________________________
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment