Tuesday, September 28, 2010

sambut raYa di kampus



story kali ni tak moa panjang2...benarlah kata org, "jauh perjalanan luas pemandangan"...analogi yg ana bawa kali ni adalah hidup di kampus...hmm tak rugi satu sen pun klu kita try hadapi hidup di perantauan..byk benda baru yg kt dapat..asalkan tahu beza baik dan buruknya..bagi ana tak semua org dapat apa yg kita dapat...contoh  kali ni beraya di kampus bersama sahabat2 kolej, sahabat fakulti, lec, master, staff dan yg sewaktu dgn nya..ditambah dgn kepelbagaian kaum yg sama2 meraikannya..bt sahabat semua, hargailah tiap detik kita di kampus krn ia bisa menjadi kenangan yg paling manis bila anda tua kelak.. :-) 



raya kat Jabatan dgn student dr Universitas Andalas Indonesia


"Warna-warni di Aidilfitri"...last perfomence...enjoy lah kome ye !!
dari kiri : khairul...lela..umy..misz

generasi pasukan koalintang kk3 UM

nice pic....
dari kiri: ajie..anis...amy..hasmah..tazura...shima...farra

beratur tunggu ambik makanan...banyak benor kain banner nya..dh boleh bt langsir bilik..

azli yg sempat posing waktu tgh tunggu turn ambik sate...

Aus...tampil dgn ragam fashion yg agak unik...hehe..dh cam foreigner

bersama presiden KK3 untuk sesi 2010/2011...chaiyok che mat !!

suasana makan2 raya di bwh pokok tanjung...ni pokok plg glamour kat 3rd..dh berapa abad kat situ..

ni tak tahu anak sape yg tersesat numpang kat blog ana ni...

gambar kuarga...

posing...posing..hehe..dak2 3rd year ni...super senior katakan..

ni gaya cam kumpulan nasyid plak...

sesi berangan...bilalah aku nak jadi master kolej ni...
dari kiri: farra...amy...umy


ni DJ pada hari kejadian...DJ Shafiq tengku ngn assistant Rahimi

majlis raye kat Jabatan Sejarah UM ...dak2 final year..









p/s : raya Aidilfitri dh nak abes..tunggu sambut raya Aidiladha plak lah ye sahabat2 sekalian.....


___________________________________________________________________

Friday, September 24, 2010

Buah hati terCINTA


Kalian penyambung zuriat susur galur keturunan..
Kalian penyeri teratak usang di kampung…
Kalian putera-puteri bangsa…
Moga kalian adalah pejuang agama Allah…

Harapan…tok we’..tok cik..mak long…cik jue…ayah min..cik na..ayah teh..ayah jim..ayah man..cik pah..cik yah…ayah sir..ayah kim (arwah)..cik su
Dedikasi ini buat semua anak saudara ana yg ada setakat ini..insyallah akan lebih ramai lagi bila saat diizinkan Allah lahir ke dunia… J




1.       Muhammad Asyraaf b. Abdul Aziz

2.       Ili Insyirah bt. Mohd Azelan
3.       Irfan Muhammad b. Mohd Azelan
4.       Ikmal Zahin b. Mohd Azelan
5.       Isam Rahimi b. Mohd Azelan

6.       Nik Shah Bakhtiar b. Nik Mohd Amin
7.       Nik Sarah Batrisya bt. Nik Mohd Amin
8.      Nik Anisa Zulaikha bt. Nik Mohd Amin

9.       Wan Ahmad Naufal b. Wan Asri

10.   Nik Husna Damia bt. Nik Mohd Hafiz
11.    Nik Hazim Daim bt. Nik Mohd Hafiz

..................................................................o_0...............................................................................

Cintaku pada Budaya membaca



“Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.”

Terdetik rindu pada buku-buku di rak yang tidak punya kesempatan masa untuk ditelaah bait2 tulisannya..awal2 semester lalu, ana sempat membeli beberapa kitab2 cinta ini. Ada yg belum sempat dihabiskan..ntah bila akan punya kelapangan untuk menyambung bacaan tersebut…hai rindunya..
Rasanya tidak rugi 1 sen pun klu dibelanjakan untuk membeli buku…bkn buku yg menjadi nilainya tetapi ilmunya yg tak kan pernah luput..dan terlalu luas..kata org “Jauh perjalanan luas Pemandangan”.. “Banyak membaca luas pengetahuan”… ana tidak berbangga dgn org yg berharta tetapi cetek ilmunya, sedangkan mulia lah org2 yg mempunyai ketinggian ilmu dan mereka adalah org2 yg sentiasa menyuburkan cinta pada ilmu…sedangkan mereka tidak pernah merasa cukup dgn ilmu yg ada.
Dgn suatu bacaan, seseorang dapat menerima informasi,  pengetahuan, dan meningkatkan kecerdasan. Pemahaman terhadap kehidupan pun semakin bagus karena membaca dapat membuka pemikiran untuk lebih kritis.

Jika dilihat sejarah islam sendiri, cendekiawan2 yg lahir adalah orang yg membaca…dgn ini pelbagai definisi, fakta, rumus, formula2 dapat dihasilkan.. Islam meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam seluruhnya. Tuntutan pertama dan utama terhadap manusia ialah saranan menuntut ilmu, kerana ianya merupakan asas pemikiran dan pembuka minda.

·         Imam Syafie, dikatakan apabila beliau membaca satu-satu kitab, ketika membaca muka surat sebelah kanan, beliau akan menutup muka surat sebelah kiri dengan tangannya. Apabila membaca muka surat sebelah kiri,  beliau menutup muka surat sebelah kanan dengan tangannya. Tujuannya untuk menghadkan penglihatan matanya supaya tidak terlalu cepat membaca. (wafat: 204H)


·         Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. Kitab tersebut mengandungi lebih seribu hadis. (wafat: 852H)

·         Fairuz Abadi dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis. (wafat: 817H)

" اَÙ„ْعِÙ„ْÙ…ُ صَÙŠْدٌ ÙˆَالْÙƒِتَابَØ©ُ  Ù‚َÙŠْدٌ، Ù‚َÙŠِّدْ صُÙŠُÙˆْدَÙƒَ بِالْÙˆَاثِÙ‚َØ©ِ.
Maksudnya: " Ilmu itu (umpama) binatang buruan, tulisan itu (laksana) ikatan, ikatlah binatang buruan itu dengan kuat (agar ia tidak dapat lari)."


Ni cite situasi sesetengah student IPT..hmm..buku yang paling banyak ditemui ialah majalah-majalah hiburan, komik, majalah picisan. Sangat kurang pelajar yg mempunyai buku-buku motivasi, ilmiyyah dan akademik. Ditambah dgn kebanjiran kemudahan elektronik yg wujud..laman facebook, e-mail, skype dan yg sewaktu dgn nya…benda ni jk dilihat ada baik dan buruknya..klu dok seharian mengadap lap top tu…sebaikknya manfaatkan kesempatan dgn membuka artikel2 tertentu yg boleh mendatangkan manfaat ilmu walau sekadar 1 % saja sehari…ilmu tu Insyallah akn semakin bertambah..sedikit2 lama2 jadi bukit, jgn dibiarkan minda berkarat dek sesawang dan picisan2 debu yg kelak menumpulkan pemikiran.


Iqra' wa rabbukal akram…
antara koleksi yg sempat dibeli..selebinya ada di kampung...







rajin2 membaca ye..semaikan dari kecil..
model : husna & naufal

Wednesday, September 22, 2010

Pesan Imam Shafie



Sebelum wafat beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:  ” Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:  


  • Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yang ada.

  • Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dizalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

  • Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
  • Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

  • Hak kepada mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

  • Hak kepada sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

  • Hak kepada Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

  • Hak kepada Ridhzuan(malaikat penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

  • Hak kepada Nabi Muhammad SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

  • Hak kepada ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

____________________________________________________________________________

Monday, September 20, 2010

Allah lebih menyayangimu



Ketika kalam ini berbicara, rindu padamu hanya ALLAH yang tahu.. syawal kali ini genaplah 3 tahun pemergianmu..doaku buat adinda tersayang, agar adik ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan moga adik bahagia di taman syurga..Insyaallah.

Adinda ana Nik Muhamad Hakim bin Nik Mustafa telah dijemput pulang ke rahmatullah pada pagi Jumaat, jam 10.30 pagi, 26 Oktober 2007, bersamaan 14 Syawal 1428H. Adinda Hakim ketika itu berusia 14 tahun, merupakan anak ke-11 daripada 12 adik-beradik. Kematiannya disahkan akibat renjatan elektrik daripada hair dryer”. Kata bonda, adik nak ambil enjin dlm tu untuk buat bot mainan banjir nanti. Menurut laporan, arus renjatan yg masuk ketubuhnya mengenai bahagian jantung dan menyebabkan ada kesam lebam pada dadanya, ibu jari tangan, dan ibu jari kaki. Kata doktor adik menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu dalam ambulans menuju ke hospital. Sukar untuk menerimanya..tapi kami redha krn Allah lebih menyayangimu. 

Menyingkap kembali kenangan sebelum waktu kejadian apabila kami berbicara soalnya…

“kata bonda…malam jumaat itu adik ada minta untuk tidur bersama abangnya Basir,..sebelum ini dia tidur bersebelahan bilik ana di tingkat bawah..namun pada malam itu dikhabarkan pada bonda untuk tidur dengan abangnya di bilik atas..tanpa rasa ragu bonda izinkan”....rupa-rupanya ini adalah malam terakhirnya…

“ana punya cerita…sewaktu Ramadhan ana bertanya padanya knp tidak pergi berbuka di masjid ? sedangkan sebelum ini dia gemar bersama ayahanda dan abang-abangnya berbuka di sana...di kampung banyak majlis berbuka puasa di masjid dan surau…dia membalas soalan ana dengan senyuman…katanya, dia rindu dan ingin lama berada dirumah, sayang rasanya nak tinggalkan rumah”…rupa-rupanya ini adalah Ramadhan terakhirnya di rumah…

“kebiasaan ramadhan-ramadhan yg lepas, hakim akan makan nasi sekali waktu berbuka dan sekali sewaktu balik solat terawih, mungkin proses tumbesarannya menyebabkan adik kuat makan..namun Ramadhan kali ini sekali dua sahaja situasi itu berlaku…ana tanyakan padanya kenapa dik ?...akim tak de selera”…rupa-rupanya ini meja makan terakhir kami bersamanya..

“kata jiran…2 3 hari sebelum kejadian…akim banyak dilihat termenung di jendela rumah dan banyak tersenyum apabila diajukan soalan..mula menjadi pendiam”…rupa-rupanya ini adalah senyuman terakhir darinya…

Kami tidak mampu menahan air mata tiap kali diajukan soalan daripada pelbagai pihak media yg berkunjung sepanjang minggu bertanya tentang kejadian ini…Utusan, Kosmo, Metro, Sinar Harian dll. Sudah puas dihalang pihak media, namun apakan daya…bertapa runtunnya hati akak bila berita adik dan gambar tertera di muka depan akhbar.

Selepas adik pergi, akak tidur sendirian di bilik bawah…tidak ada ketukan darimu tiap kali sebelum tidur “pagi esok kejutkan ya”…akak rindukan muka bangun tidur akim…

Tangisanku mengiringimu adinda tersayang..baju uniform pengakap akim masih kami simpan, tergantung di pintu bilik bonda..doa kami sentiasa mengiringimu..hadirlah dalam mimpi kami dengan senyuman krn kami teramat merinduimu…moga Allah merahmatimu dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..wallahualam


































__________________________________________________________________________________

DUNIA JAMBATAN AKHIRAT

Sewaktu usai sunat dhuha, ana sempat mendengar tazkirah agama melalui corong radio Kelantan. fm. Tajuknya berbunyi “Dunia Jambatan Akhirat”..sesuatu yg menarik, disampaikan dalam loghat kelate. Disini ana terjemahkan dlm bahasa baku sebagai perkongsian:

Hidup kita di dunia ini diibaratkan seperti “carbon paper”, apa yg berlaku di dunia akan terberkas di akhirat kelak. Beliau membawa satu analogi yg mudah melaui sebuah cerita. Ada satu kisah, dimana terdapat seorang lelaki iaitu pengembara muda. Pada satu hari, pengembara ini telah sampai ke sebuah negeri yang tidak beraja. Maka dia bertanya…

Kenapa negeri ini tidak beraja?

Maka jawablah penduduk…bahawa negeri ini tidak beraja kerana semua orang takut untuk menjadi raja.

Kenapa?

Kerana menurut adat disini, sesiapa yang menjadi raja, selepas 5 tahun akan dibuang ke suatu tempat yang tanahnya gersang, tanpa diberi makan minum mahupun harta. Mereka akhirnya akan mati kering di sana.

Setelah diceritakan, pengembara muda itu tadi dengan penuh yakin untuk menyahut cabaran dan minta supaya dia ditabalkan menjadi raja. Sewaktu itu timbul pelbagai pandangan oleh sesetengah golongan. Ada yang menyatakan “orang muda ini” mensia-siakan masa mudanya untuk kesenangan 5 tahun sahaja, sedangkan beliau tahu akan dibuang ke tempat yg kontang. Dipendekkan cerita, selepas 5 tahun berlalu, tibalah masanya untuk “orang muda” ini dibuang ke tempat yang kontang itu. Namun setibanya di tempat itu, semua orang begitu terkejut apabila tempat yg kontang dan gersang itu kini menjadi tanah subur, terdapat kebun, parit, rumah besar dan pelbagai kemudahan…cukup indah dan cantik…bagaimana ia berlaku ??

Ternyata “orang muda ini cukup cerdik akalnya”…sepanjang tempoh 5 tahun ia berkuasa sebagai raja, beliau telah mengerah supaya kawasan itu dibangunkan..dibuat kebun dsb..
Melalui analogi cerita ini dapatlah disimpulkan.. jika kita tidak mensia-siakan dunia kita, berbuatlah bekal semampunya untuk akhirat kelak. Jika kita terlalu leka dgn kesenangan dunia, maka pulanglah kita dgn tangan kosong mengadap Allah…ingat !! Dunia kita adalah JAMBATAN untuk sampai ke akhirat.. sahabat ana ada menyatakan:

“Dunia dan akhirat itu umpama rumput dan padi…
tanam padi rumput akan tumbuh jua, tetapi tanam rumput takkan tertumbuh padi. Begitu jua dunia dan akhirat..kejar akhirat dunia akan dapat bersama, kejar dunia hanyalah dunia semata-mata”



______________________________________________________________________________________________________

Tragedi hitam 2

Perak lagi…hmm.. 04 April 2008 (Jumaat) satu lagi kemalangan berlaku tepat jam 1.00 petang. Ketika itu ana dan keluarga sedang dalam rombongan kahwin kekanda ke-5 yang berkahwin dengan orang Pulau Pinang. Ana menaiki Myvi hitam milik kakak ke-4. Tiba di Gerik Perak, kereta kami dirempuh dari arah depan oleh Hilux (pacuan 4 roda). Kami dikejarkan ke hospital Gerik dan di transfer ke Taiping. Hasilnya kakak ana patah peha, suaminya pecah tempurung lutut, mertuanya patah kedua-dua betis, dan ana??...ana….ana… patah tangan kiri..alhamdulillah anak kecilnya Wan Ahmad Naufal selamat. Peristiwa kemalangan kali kedua telah meninggalkan trauma yang teruk.
Sejak dari peristiwa itu, rumah ana tak ubah seperti rumah sakit..semua kelengkapan dari segi meja, struktur tandas, kerusi roda, tongkat dan macam-macam..semua ada..bondaku lah doktornya..kesian bonda..maafkan anak-anakmu yang dah banyak menyusahkan bonda…moga ada hikmah disebalik kejadian..



















“Ya Allah..moga ujian dari-Mu akan mendekatkan lagi hati-hati kami dengan-Mu..redhokan hati-hati insan hina ini menerima dugaan-Mu…amin ” 
____________________________________________________________________________

Tragedi hitam ini adalah ujian Allah.





Genap 3 tahun peristiwa hitam ini berlaku sewaktu kalam ini berbicara..Bertarikh 8 Ogos 2007, ana terlibat dengan satu kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah bas rombongan sekolah  di Jelapang Ipoh Perak. Ketika ini rombongan Tingkatan 6 dari SMK Puteri dalam perjalanan ke UPSI dan USM.

 Peristiwa berlaku pada hari Rabu, tepat jam 7.15 malam. Bas yang dinaiki dipercayai hilang kawalan setelah tali brek nya putus..itu pengalaman yang cukup ngeri bagi ana..rasanya cam main roller coaster ori punya..apa jadi ngan ana?? Ana merupakan mangsa yang terakhir dikeluarkan dari bas tu..memang dasyat, semua gara-gara poket uniform sekolah ana yang tersangkut dan terpaksa dipotong..akibatnya ana hilang wang tunai , telefon bimbit, ic, dan lesen motor..ana mengalami luka dalam pada daging peha sebelah kanan..adoii sakitnya..separuh dari kami termasuk ana telah dikejarkan ke hospital Ipoh dan selebihnya di hospital Kuala Kangsar. Ibu bapa pelajar termasuk bonda kesayanganku telah tiba keesokkan harinya. Teman-teman ana ramai juga yang parah dan terpaksa cuti berbulan-bulan lamanya.. seingat ana, sahabat seangkatan yg parah adalah mazni, fazimah, nabilah, elah, liyana, ismah, along, amir, faris, abbas. Kata orang, ALLAH masih memberi peluang dan kesempatan pada hidup kami kerana walaupun keadaan bas yang dah begitu teruk, namun kami tiada kehilangan nyawa.

Balik ke tanah air, ana sempat “mc” dua minggu je..sakit tak sakit ana kena kuatkan semangat untuk ke sekolah sebab exam STPM dah semakin hampir.. Asalnya ayahanda dan abang ana yang hantar kesekolah..tapi tak lama ana berkeras nak bawa motor..bonda ana punyalah risau sebab kaki tak baik lagi..tapi ana biasalah ngan perangai yang suka buat tak kisah je..tak adventure lah..sampai saat ni pun masih ada salah seorang cikgu ana yang belum pulih sepenuhnya..setiap kali cuti, ana tak lupa untuk menjenguknya walaupun dia tak pernah mengajar ana..untukmu Cikgu Adeebah..doaku sentiasa mengiringimu dan berharap agar cikgu terus tabah menghadapinya..pihak sekolah telah berusaha menguruskan insurans dan pampasan buat kami..tapi sampai sekarang kes ni belum selesai…tunggu je lah..

Pada sahabat ana… 37 orang pelajar dan 5 guru pengiring…cg Ja, cg Ismail Jamhuri, cg Mek yah, cg Adeebah, cg Mahiyah…ujian Allah ini mengajar kita bersabar dan merasa dekat denganNya…. Illa Liqa’









__________________________________________________________________________________