Thursday, July 26, 2012


SANAH HELWAH


Bismillahirahmanirahim...

Buat ‘chenta’ hatiku...insan yang dirindui tiap waktu..Alhamdulillah Allah pelihara ukhuwah ini.

Cantik akhlak, cantiklah orang memandang kita. Walaupun pada kita ada seribu satu kekurangan, kerana itu perempuan berakhlak, dia adalah bidadari dunia”

Wahai mujahidah tercinta,
Dikala ini aku mengingati sesuatu tentang kamu...bertapa tidakku sedari umur kita sudah menginjak usianya...dan hari ini kamu menyambut ulangtahun buat kali ke-24..Subhanallah, Allah masih sayangkan kamu..Allah masih sayangkan kita..
DIA masih memberi nafas dan nikmat kesihatan...
Masih menjaga ‘hati’ kamu..
Masih memelihara ‘iman’ kamu..
Masih menyuburkan rasa ‘cinta’ itu..

Diberi nikmat rezeki..dilapangkan dada..diberi ketenangan jiwa.. dan yang paling aku bersyukur Allah masih memberi ‘senyuman’ buat kamu...senyuman yang seringkali tergambar di mataku tatkala rindu membuak-buak di hati..


Wahai ‘chenta’ hatiku..
Aku amat berterima kasih kepada Allah..dikesempatan nafas yang Allah pinjamkan, dikurniakan padaku seorang sahabat dan teman sebaik kamu..
Walaupun adakalanya ‘hati’ kita dicuit dengan rasa yang tidak kita pinta..bertikam lidah, ketidaksefahaman pendapat, menaruh syak wasangka....wanauzubillah...tidak pernah ada sekelumitpun ku simpan dalam lubuk hati ini..ku sentiasa berdoa, moga itu adalah ujian dalam membina ‘kematangan’ hubungan ini.

Wahai ‘rindu’ hatiku..
Ketahuilah olehmu, aku bersahabat denganmu kerana Allah...aku berusaha menjadi sahabat buat kamu sebagaimana Rasulullah s.a.w menyayangi dan menyintai sahabat-sahabat baginda. Aku ingin kita sama-sama mencari redha Allah di dunia untuk bekalan kita di akhirat kelak. Aku ingin kita sama-sama mencintai Rasulullah agar kelak di akhirat sana kita beroleh syafaatnya. Aku ingin kita sama-sama berpimpin tangan ke syurga Allah. Biarlah ‘cinta’ yang kita semai ini, dasarnya adalah iman...untuk kita bina ketaqwaan agar kita menjadi hamba yang tawadhuq dan taat.

Aku amat menghormatimu, kerana kamu adalah sahabat yang sentiasa ada disampingku tatkala aku sedih, terluka dan kecewa...bahkan kamu tidak pernah meninggalkan daku walau dalam keadaan gembira..tiap saat dikongsi bersama...melayan kerenahku yang adakalanya mungkin tidak matang.. Subhanallah...maafkan daku jika terlalu banyak mencuri ‘perhatian’ kamu.

Allah itu terlalu sayang pada kita...aku tidak pernah mencari kamu satu ketika dahulu...dan kamu juga tidak pernah mempunyai impian untuk bertemu denganku...bahkan tidak pernah terlintas di hati nama “Fatihah” & “Nik Afifah”....namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya..Allah pertemukan kita di atas izin-Nya..dipererat hubungan kita...dikurniakan rasa sayang sehingga terbit rasa cinta....dan akhirnya rasa rindu itu bertapak...Allahuma’amin...hanya satu yang ku pinta..moga ‘manis’ itu dikecapi dengan rasa penuh keimanan.

Wahai kuntuman dunia..
Aku tidak layak menjadi pembimbing buat kamu, kerana sayapku jua masih lemah...namun aku ingin sekali beriringan denganmu di atas jalan Allah..yang aku tahu manisnya tidak mampu tergambar walau ku coret pena di atas bepuluh-puluh gulungan kertas.  Tetapi aku tidak ingin sekali-kali meninggalkan kamu dan berjalan sendirian..aku harap kamu sabar dengan perjuangan ini...kerana dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata..bukan dunia yg kita juangkan sepenuhnya..tetapi kita perlu cekal mengutip permata-permata bekalan cahaya kita di alam sana yang akan kekal...yang kita percaya sepenuh hati masanya akan tiba..
Doaku agar nafas mu sehingga ke detik ini berpegang teguh dengan kalimah ‘La Illaha Illallah Muhammada Rasulullah’...bertaqwalah sepenunya pada Rabbul Izzati.

Buat kamu yang saya sayang...

Sanah Helwah.. Barakallah fi umrina

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupannya, sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu dengan-Mu”

Salam sayang penuh kerinduan,
...Nik Afifah Nik Mustafa...
26 Julai 2012

_________________________________________________________________