Tuesday, December 14, 2010

Demi Masa


Bismillahirahmanirahim…

Ingin sekali ana melakar kata untuk entri kali ini sebelum balik untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sem yg ada. Meskipun orang lain sudah hampir seminggu berada di kampung halaman, bersama kaum kerabat…kenduri sana, kenduri sini… ana ??!!..hmm..masih lagi dibuai angin kampus yg berada di kota metropolitan ni. Menjadi penghuni setia library membuatkan ana terasa seperti belajar kat UK plak…hehehe..apa tak nya..semua omputih je, foreign…yg tinggal org melayu stafnya aje…hai, tup tap tup tap…ana baru saja menghabiskan sem 5 kat sini…bermakna tinggal lg 1 sem ..oh tidak !!!
Rasanya masih banyak yg  belum diteroka sepanjang bergelar mahasiswa..teringat kata-kata dua sahabat ana petang semalam..

“extendlah…nnt grad sama-sama…hahaha..xde maknenya..”

Hidup mesti diteruskan..banyak lagi komitmen yg perlu di ‘beres’ kan pada masa…opss coming soon !!
Panjang pulak selingan kat atas tu…hehe..ana sebenarnya juz nak ucap selamat bercuti buat semua..isikan ruangan cuti dgn perkara2 bermanfaat..ingat Allah sentiasa.

 Allah berfirman :


إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا (٢٧)

Maksud : Sesungguhnya golongan yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.( Surah al-Isra’ : ayat 27)

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah mempersaudarakan sesiapa melakukan pembaziran dengan syaitan. Ayat ini tidak terhad melakukan pembaziran harta benda dan kewangan semata-mata. Malah ia juga merangkumi pembaziran masa bila diisi dengan perkara yang sia-sia. Apatah lagi diisi dengan perkara yang mengundang kemurkaan Allah. Golongan yang tidak pandai menggunakan masa  juga tidak terlepas daripada firman Allah ini. 

Sabda Rasulullah saw : 

"Tidak akan berganjak kedua  kaki seorang hamba ditanya tentang empat perkara : tentang umurnya ? dimana ia habiskan,  Masa mudanya? bagaimana digunakan, hartanya? dari mana sumber dan bagaimana dipergunakan dan ilmunya? apakah yang diamalkan." ( Riwayat al Tabarani dan al-Bazzar; ) 

Berdasarkan hadis ini berkaitan dengan masa dua perkara yang akan disoal iaitu : umur dan masa muda. 

Allah juga bersumpah dengan masa dalam surah al-Asr. Surah ini kita sering baca bila berakhir sesuatu majlis namun isi kandungan diabaikan begitu sahaja. Di dalamnya Allah bersumpah bahawa manusia berada dalam kerugian melainkan empat golongan iaitu orang yang beriman, beramal soleh, golongan yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. 
Wallahu’alam

________________________________________________________________________________________________________

Saturday, December 4, 2010

BerkeNalan Dgn sOLaT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.


ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

_________________________________________________________________________________________________

JoDohmu ketentuanNya


Ujian adalah “tarbiyah” dari Allah… ujian itu tanda “sayang”-Nya pada kita, ku mohon lindungi diriku dari “kezaliman” yang akan ku lakukan sendiri. Sungguh Engkau sebaik2 Pelindung dan Penolong bagiku di Dunia dan Akhirat..

Pernah satu ketika.. seorang sahabat menemuiku, mohon penjelasan yang lebih jelas tentang “cinta”. Cinta insani atau cinta Ilahi? – jawapannya : cinta makhlukNya! Akhawatmu?? – jawapannya : ikhwanku!. subhanallah.. mohon maghfirahMu ya Allah..

“insyaAllah.. ada jodoh, adalah ukhtie. Usah di risaukan tentang jodohmu ya”

“ana tahu, tapi bukankah kita perlu berikhtiar??”

“berikhtiar? Ya.. “ – jawabku ringkas.

“enti dah berikhtiar?? “

“ana??”.....

“si ‘dia’ bagaimana?”

“maksud enti” – tanyaku.. seakan tidak mengerti, walau aku tahu siapa “dia” yang di maksudkan.


Diam.....

Aku menguntum senyum.. ku tinggalkan persoalan itu tanpa menjawabnya...

“kepada wardah yang ku kasihi dan sayangi…
Dengarilah sahabatku, Allah memujukmu, at-toyyibat littoyibin (annur; 26) wanita baik dijanjikan untuk lelaki baik & sebaliknya..telah tercatat seungkap nama lelaki di Loh mahfuz untukmu.


“telah Allah tentukan untuk wardah  ini akan jadi “sayap kiri” seorang pejuang...

“ namun ukhtieku fillah, siapalah kita untuk menentukan.. melainkan DIA..

“ hanya DIA yang tahu bila kita akan di pertemukan antara satu sama lain.. di mana.. semuanya dalam pengetahuan Allah...

“bersabarlah ukhtieku yang sedang bermujahadah...
“apa ukhtie lupa.. Janji Allah itu kan pasti !!

“ketahuilah ukhtieku fillah.. peribadi dirinya terletak pada ketinggian peribadimu...

“bukankah Allah telah berfirman dalam al-Furqan, surah anNur ; ayat 26, mafhumnya : “ ... perempuan-perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik itu adalah untuk perempuan-perempuan yang baik... “

“muslimah mana yang tidak menginginkan seorang “imam” yang “soleh” ukhtie?? Apa ukhtie tidak menginginkan itu???

“tapi sebelum nak yang soleh.. kena tabur benih-benih solehah dalam diri, sirami dengan akhlak Islamiyah...

“ berusahalah ukhtie.. menjadikan dirimu WANITA yang UNGGUL di pandangan PENCIPTA mu..

“ sedaya upaya mengekang NAFSU mu wardah suci idaman setiap mujahid Islam...

“ pagarilah dengan sifat MALU.. IMAN.. dan TAQWA..

“ sepertimana Baginda SAW mendidik puteri kandung kesayangannya, Fatimah Az-Zahra.. MALU itu di umpamakannya seperti pohon semalu...

“teruslah bermujahadah ukhtieku...

“ insyaAllah.. mujahadah mu itu tidak akan sia-sia...

“kerna dengan izin Maha Berkuasa, enti akan di pertemukan dengan seorang Mujahid Islam...

“ ana sedari hakikat itu ukhtie.. memang penat untuk bermujahadah...

“ tapi ingatlah ukhtie.. BALASANNYA pasti INDAH.. insyaAllah...

“ Allah tidak pernah mensia-siakan do’a hambanya.... jangan pernah berhenti untuk berdo’a...

“ mohonlah agar “dia” yang kau inginkan sebagai “imam” mu... yang kau yakini bisa memimpinmu sehingga ke Syurga abadi....

“ akan menjadi “kekasih halal” bagi mu....

“ bila dah jumpa yang mampu menerima ukhtie seadanya.. istikharohlah...

“ tapi jangan bila dah jumpa, baru nak istikhorah.. itu dah salah praktikkan ‘ibadah tu..

“ mulakan dengan istikhorah dan solat hajat.. minta Allah tunjukkan pada kita...

“ bila dah dapat jawapan yang “pasti”.. binalah “masjid” – atas kemampuan masing-masing...

“ yakinlah dengan “hidayah” yang Maha Esa ya sayang....
“ muhasabahlah diri selalu.. bertafakkur.. teruslah cari Redha Ilahi dan RahmatNya...

“ teruslah perbaiki diri...

“ laksanakan apa yang perlu kita laksanakan dulu...

“ ummah menantikan kita...

“ jangan risau.. Allah itu Maha ‘Adil......

“berbicaralah denganNya ukhtie.. letakkan harapan mu sepenuhnya pada Penciptamu, bukan pada ciptaanNya....

...... senyap... bicara ku tenggelam ....

“ enti menangis ke ukhtie?? “

“ tak la... “

“ moga Allah permudahkan segala urusannya.. mungkin ana bukan yang terbaik untuk ‘dia’. Dan mungkin ‘dia’ juga bukan yang terbaik yang Allah tetapkan untuk ana....”

“ enti....”

“ biarlah ku pendam luka yang lara, ukhtie ku fillah... “

...... ku gagahi langkah ku.. meneruskan perjuangan... walau satu ketika dulu, aku juga pernah di uji dengan cinta Insani.. sehinggalah aku sedar, siapa aku sebenarnya di mata hamba yang bernama “manusia”.. hitungan jiwa jua cinta insani, sehingga hampir membutakan “mata” ku dari “cinta” yang Maha Esa.. sesungguhnya Allah lebih Mengerti.. terima kasih ya Allah “ujian” itu tanda KAU menyayangiku...

~ yakinlah.. kita akan di uji daripada apa yang kita katakan.. jangan salahkan mereka yang terjebak dengan “cinta” sebelum “nikah” – “IMAN” itu yanqus dan yazid, bisa bertambah dan berkurang.. dan soal Iman itu, hanya Allah yang layak mengujinya..

Dia permaisuriku. Mengemudi kelebihanku, melengkapi kelemahanku. Menyokong kejayaanku, menongkat kejatuhanku. Menurut saat ku bertitah, memimpin tika ku tersasar.

_________________________________________________________________

Nikahilah dia

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

“Wanita dinikahi kerana empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” 
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858)

Memilih bakal isteri menurut islam. Tahukah anda wahai insan bergelar wanita betapa sukarnya pada masa ini untuk mencari seorang individu dari kalangan anda untuk dijadikan seorang isteri yang benar-benar solehah.

Nabi Saw bersabda nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat 

Ciri – ciri isteri Solehah yang telah ditetapkan dalam sunnah Rasulullah saw:

1) Menjalankan Perintah agama, wanita yang cantik, yang kaya yang baik keturunannya dan beriman. 

2) Wanita Solehah, seperti hadis Rasulullah saw bahawa dunia ini seluruhnya adalah kesenangan. Tetapi sebaik-baik kesenangan di dunia adalah isteri yang solehah.

3) Membantu suami ke jalan kebaikan, Rasulullah saw bersabda “ Hendaklahnya kalian memiliki hati yang selalu bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan isteri mukminah yang menolongnya melakukan urusan akhirat. 

4) Wanita Penyayang dan Berketurunan, Rasulullah saw bersabda “ Nikahilah wanita yang penyayang dan berketurunan atau boleh melahirkan zuriat, sebab aku akan membanggakan kalian di hadapan para nabi kelak di hari kiamat”

Rasulullah saw menjelaskan jika wanita solehah adalah satu perkara yang membawa kebaikan dalam hidup seorang lelaki, maka wanita yang buruk ( jahat ) adalah salah satu dari empat perkara yang mendatangkan penderitaan, seperti yang disebutkan dalam hadith sahih yang bermaksud: “ Di antara yang mendatangkan kebahagian itu ialah perempuan solehah yang jika kamu melihatnya maka akan membuatmu terhairan-hairan, dan jika kamu meninggalkannya berpergian maka dia akan menjamin keamanannya pada dirinya dan hartamu. Dan diantara yang mendatangkan penderitaan ialah wanita yang jika kamu melihatnya akan bersikap buruk padamu dan melontarkan kata-kata yang kasar kepadamu, dan jika kamu meninggalkannya pergi maka kamu tidak akan merasa aman pada dirinya dan hartamu.

__________________________________________________________________________________

wanita mulia


RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud:

Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).

Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.

Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.

Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.

Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.


Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.

“Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)



Asiah --à adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam --à pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah --à pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Fatimah --àpula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.

Dalam memilih pasangan hidup, Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati.

Kriteria kesolehan isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana sifat itu, selain dituntut Islam, juga bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.



Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya:
Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.

Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).



Jelas di sini, aspek keagamaan dalam diri seseorang calon isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga. Ini kerana dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya, dia pasti akan taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Ketika ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.


Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: “… perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa. Ini kerana keredaan suami menjadi anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya, selain penyejuk hati ibu bapa, biarpun ibu bapanya sudah meninggal dunia, melalui sedekah doa dan amalan kepada kedua-dua orang tuanya.

Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.

Pengetahuan agama dan nilai solehah inilah menjadi ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Sesungguhnya, fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga, begitu besar.

Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.


Sabda Rasulullah yang bermaksud: 
“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya.

“Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).




___________________________________________________________________________________________

Wednesday, December 1, 2010

PETANDA HAMPIR AJAL @ MATI


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
wallahu'alam

RINGKASAN
100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu akan mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
7 hari : Mengidam makanan.
5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh dan asar.
Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap.



>> Untuk pengetahuan semua, pada hari ke-44 air mani lelaki dan telur wanita bercantum, Allah s.w.t. telah mencampurkan sekali tanah yang akan menjadi kubur kita nanti.

_______________________________________________________________________________________________________________

perihal rambut



Bismillahirahmanirahim…

Isu kali ini adalah berkaitan rambut tapi bukan dari segi aurat rambut perempuan sahaja...entri kali ini akan mengulas sedikit tentang fesyen rambut menurut Islam...

Pertama --
à sekali adalah bagi golongan lelaki...perlu diketahui bahawa adalah haram hukumnya bagi lelaki membotakkan sebahagian dari rambutnya...kerana Nabi sendiri pernah melarang seorang lelaki, dengan alasan perbuatan itu adalah perbuatan org zaman jahiliyah...so, klu nak botakkan kepala, kenalah botakkan seluruh kepala...bukannya buat macam stail ronaldo pemain bola sepak brazil, bukannya stail punk atau trojan dan sebagainya...begitu juga lelaki yg menyimpan rambut panjang seperti perempuan, yg jika dilihat dari belakang, seolah2 mcm rambut perempuan, hukumnya adalah haram kerana haram lelaki menyerupai perempuan...jika nak buat juga atas alasan fesyen, maka org itu telah membelakangkan perintah nabi sendiri...kat akhirat nnti, sebenarnya dalam kubur pun dah kena andainya jika xsempat nak taubat sebelum mati...

Kedua--
à  adalah rambut perempuan...berkenaan bab skala kepanjangan rambut perempuan, jika panjang melebihi bahu, hukumnya sunat kerana mengikut rambut para isteri2 nabi yg diriwayatkan membuka sanggul ketika hendak mandi...so klu ada sanggul tu, pastilah panjang melebihi bahu kan? Jika rambut panjang mencecah bahu, hukumnya adalah harus, jika pendek kurang dari paras bahu, hukumnya adalah makruh...dan jika pendek seolah2 rambut lelaki, yg mana jika org tgk, rambut perempuan tu pendek macam rambut lelaki, maka adalah haram hukumnya, bukan kerana haram tayang rambut, tapi juga haram kerana haram hukumnya perempuan menyerupai lelaki..andai kata perempuan rambut pendek seperti lelaki tadi bertudung, ia terlepas dari dosa membuka aurat, tapi dosa kerana menyerupai lelaki itu tetap ada...

Allah berfirman, Katakanlah kepada wanita yang beriman,Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan  perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, …”
(Q.s. An-Nuur: 31).




Wanita-wanita yang beragama Islam pada umumnya membuka aurat (rambutnya) bahkan melakukan perubahan seperti rebounding/meluruskan, menyemir, potong poni, dan lainnya, dan dilihat oleh khalayak ramai. Semua perlakuan ini melanggar syariat Islam. Apakah mereka tidak tahu atau tidak mau mengikuti perintah Allah SWT.
Hal ini dilakukan terutama oleh para selebritis kita, dan juga orang-orang awam lainnya yang notabene suka meniru tanpa berguru sehingga melahirkan suatu kebiasaan yang dianggap sesuai dengan Islam.
Marilah kita berdoa kepada Allah SWT semoga diberikan taufiq dan hidayahnya semoga muslimah kita menjadi muslimah sejati, yang selalu mengikuti ajaran Islam dengan sebenarnya (kaffah). Pelaksanaan syariat Islam, sehingga dimana pun mereka berada selalu menutup aurat terutama rambutnya.




_______________________________________________________________________________________________________________