Tuesday, January 25, 2011

Teguh @ Tidak



…Apabila hati sudah sakit…
…calaran itu amat terkesan pada ibadah…
…goyahnya ketabahan dan kesabaran dengan ujian Allah…
… Maha Suci Engkau yang Maha Agung…
…Engkau yang Maha mengetahui apa yang tersirat…
… moga diri sentiasa Redha walau dianiaya…
…moga ujian kesabaran ini meningkatkan ketinggian iman…
…segalanya kembali berserah kepada Engkau yang Maha Pencipta…
…Andai ini adalah satu ujian…
…Istiqamahkan lah diri ini dengan JalanMu…
…tabahkan hati moga titisan jernih ini dialirkan hanya kerana CintaMu…


…senyuman dunia hanya pinjaman…
…bahagia dunia tidak akan kekal…
…ukhwah yang diharap biarlah yang terpimpin ke Syurga…
…tiada yang paling beharga melainkan didasari Cinta & kerinduan pada Rabbul Izzati..
…Engkaulah tempat mencurah luahan…
…setiap titisan jernih padaMu adalah satu perhintungan kepada amalanku…
…moga Engkau merahmatiku dan sekalian insan-insan di dalam doaku..
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Sunday, January 23, 2011

UPSI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kalam cinta berbicara lagi…Maha Suci Allah ana amat bersyukur dgn trip kali ini..dari UM ke UPSI…

Syukran buat sahabat2 yg membantu memberi direction untuk ke sana. Walau hanya 2 hari sempat berada di sana, tapi Insyallah byk manfaat yg diperoleh..ikatan ukhwah dgn cik Tiehah sangat bermakna..demi kasih sayang Allah ana amat merindui kamu di Tanjung Malim..ehehe..tidak mau pulang rasanya..tp tuntutan tanggungjawab di sini masih perlu dilaksanakan…menginap di KHAR…sempat ronda2 di beberapa kolej kediaman lain..dan…dan…dan..akhirnya kaki ini ku jejak jua ke kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris…tercapailah misi meronda universiti lain..tinggal lg beberapa universiti selain itu belum ana smp..klu sempat Insyallah..

Bakal cikgu-cikgi ni baik2 je..sejuk mata ana memandang..mungkin dh serasi kot jiwa mereka..al kisah disana…kata sahabat ana pekan Tanjung Malim ni cam “Pekan Koboi”…tp klu ada pasar malam dh macam bandaraya..terbaeekk lah..pengalaman bersesak2 atas bas ‘Suasana Edaran’ semata2 nak ke pasar malam..cukup ngeri, tp adventure lah..bagi ana kalian beruntung berada di UPSI sebab masih terasa suasana kampung tanpa hiruk pikuk kota seperti di KL…sgt rindu kan suasana itu..syukran jg buat “Cikgu Muzik” yg belanja air..

Kembali ke UM disambut dengan titisan hujan dari langit Allah..








sangat tertarik dgn lampunya









kesayanganku: menemaniku setiap kali "klik"

air penuh kasih sayang..
________________________________________________________________________________________________________

Cantik ke ??!

"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat".
Surah Al.A'araaf (26)
Bismillahirahmanirahim..

Kini sudah hampir tiga tahun ku berada di alam kampus..satu isu yg takut dan ngeri sering menari2 di depan mata ana…soalan yg bermain2 di benak fikiran ana…bilakah semua ini akan berubah?? Bila akan sampai hadir kesedaran ini?? bila ??....bilakah ??
Isu ini tersangat lah remeh jika dipandang oleh orang lain mungkin..tapi bg ana..ia sangat menyakitkan hati dan sanubari..jiwa raga..dan segala macam lah..hal ini bukan satu fantasi, tapi ia realiti kehidupan..tidak terniat ana untuk menjatuhkan aib mana2 individu..tp ana teramat geram…Subhanallah..

Ana malas nak ckp pasal dunia luar..cukuplah mengambil contoh fenomena yg berlaku di kampus ana…dan tidak terkecuali kampus2 dari IPT/IPTS dan yg sewaktu dgnnya…sebab ana perempuan/wanita/muslimat… jd isu ini sangat kena-mengena dgn nya..

“PAKAIAN”…inilah tepung yg bakal ana uli untuk kali ni…ana nk cakap bkn apa..tapi ana tersungguh malu dgn kaum hawa ini…bukan ana nak katakan yg pakaian ana pun kategori bagus..tp ok lah Insyallah..

Dipendekkan mukadimah…dlm dunia kampus ni klu di ikutkan semuanya educated gitu !!...tapi di mana silapnya ??...dari keluar je pintu bilik kolej kediaman..sampai ke fakulti..ada saja kaum sejenis yg melintas di depan dgn pakaian yg………..hmm…….why ? Negara Malaysia ni panas sangat ke cuaca nya??......tak cukup itu…ketat lah pulak…tak cukup kain ke guana ?? itu belum lagi di adun dgn tudung yg pelbagai gayanya…memang lah maju..ikot fasion..ikut peredaran masa gitu..tapi gadaikan tubuh untuk santapan siapa??..MasyaAllah..

BAJU= sebolehnya cukup ketat melekat kat tubuh..yg tak pakai tudung pulak..leher baju sebolehnya nk selebar2 mungkin…klu baju kurung pulak…kainnya MasyaAllah nipis..pakai inner lh konon..tp ketat jgk..still bentuk body..

TUDUNG =kerana fasion..artis dijadikan role model untuk tudung…tp sedarkah kalian ?? ...kalian menurut arus individu yg bagaimana??...sedangkan Allah yg agung sudah memberi peringatan ttg ini:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
( Al-Ahzaab 33:59 )

 "Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."
(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Tudung 'Mickey Mouse' 

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.


Tudung Lilit

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.


Tudung 'See Through' 

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.


Tudung Jambul 

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)


Tudung 'Singlet' 

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

Tudung Saji 

Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Sekarang nak salahkan siapa??

Bagi ana..pentadbiran dan pengurusan pun terlibat sama..masakan pokok bergoyang klu tak de angin..dah tak de larangan yg sewajarnya..maka naik minyak lah…hitam putih perkara ini tidak dititik beratkan…sebab paksaan itu ditafsir sebagai kejam..biarpun Allah telah memberi amaran balasannya kelak..moga hati akan lebih terbuka untuk menyesalinya sebelum terlambat…muhasabah balik diri kita wahai kaum hawa..Allah jadikan semuanya indah jika mengikut syariat yg btol..islam ini tidak pernah menyusahkan..tp kita yg ambilnya menjadi sukar.. Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya.

INGAT !! sebab pakaian wanita yg tak dijaga batas2nya juga antara penyumbang terbesar kepada  peratusan lelaki untuk diheret ke neraka..Nauzubillah..
Manfaatkanlah ia ke jalan yg halal.. “Yang tertutup itu indah!”

Wallahu’alam.
______________________________________________________________________________________________

Thursday, January 20, 2011

Demi Agama


TARIKH 6 Julai 2009, mungkin tarikh yang tidak akan dapat dilupakan oleh keluarga seorang wanita yang bernama Marwa al-Sharbini, 32. Ibu muda yang sedang hamil tiga bulan itu, meninggalkan tragedi yang amat menyayat hati bukan sahaja kepada suaminya serta anak lelakinya yang berusia empat tahun, tetapi kepada seluruh masyarakat Islam di dunia ini.



Sebagai seorang wanita Muslim, Marwa al-Sharbini yang dikurniakan dengan rupa paras yang menawan, bagaimanapun tetap menjaga auratnya setiap kali dia keluar daripada rumahnya daripada pandangan lelaki ajnabi. Setiap kali dia keluar daripada rumahnya, Marwa al-Sharbini akan memakai jilbabnya kerana dia tahu, itulah tuntutan Islam kepada seluruh umatnya.

Namun, penampilan Marwa al-Sharbini itu mengundang perasaan tidak senang pemuda Jerman, Alex W, 28, yang sering mengunugut dan mencacinya. Alex yang sememangnya anti kepada Islam dan orang Muslim, tidak pernah putus asa, mencerca Marwa al-Sharbini setiap kali terserempak dengan wanita tersebut.

Ugutan demi ugutan yang diterima oleh Marwa al-Sharbini akhirnya mendorongnya untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa. Ekoran daripada aduan tersebut, pada tarikh yang ditetapkan, Marwa al-Sharbini bersama suami dan anaknya dipanggil ke mahkamah untuk memberikan penjelasan. Turut srta di dalam sebutan kes tersebut ialah Alex yang didakwa mengugut Marwa al-Sharbini.


Dengan tenang, Marwa al-Sharbini memberikan penjelasan di hadapan hakim mengenai ugutan-ugutan yang diterima olehnya. Marwa al-Sharbini turut mendakwa, alex sering memanggilnya dengan panggilan “pengganas” setiap kali bertemu dengannya. Malah Alex juga mengganggunya dengan kerap mencuba membuka hijab yang dipakai olehnya secara paksa. Namun sebelum selesai penjelasan diberikan, Alex secara melulu menerpa ke arah Marwa al-Sharbini dan terus menikamnya sebanyak 18 kali. Suami Marwa al-Sharbini yang berada di dalam kamar mahkamah tersebut, berusaha menyelamat dan membantu isterinya. Namun secara tidak sengaja, suaminya terkena tembakan pegawai polis ketika menyuraikan pergelutan tersebut. Suami Marwa al-Sharbini yang tercedera, dibawa ke hospital Dresdan dan keadaannya dikatakan parah.

Marwa al-Sharbini disahkan meninggal dan jenazahnya dibawa ke tempat kelahiran dan kediaman kedua-dua ibu bapanya di Mesir. Setibanya jenazah Marwa al-Sharbini, ribuan rakyat Mesir yang turut berduka di atas kematian yang menimpanya menyambutnya. Ibu Marwa al-Sharbini dalam nada sedih berkata, “Saya tidak pernah membayangkan anak saya akan menjadi mangsa pengganas dan kami tidak menyangka akan melihat gambarnya di dalam media. Saya juga tidak pernah menyangka saya akan kehilangan anak saya dalam keadaan sedemikian”.

Katanya lagi, “jika sebelum ini saya menerimanya dengan memeluk dan menciumnya, tetapi hari ini saya hanya menerima kerandanya”. Kesedihan ibu tua itu, sekaligus menyentap perasaan umat Islam khusunya masyarakat Mesir yang terperanjat dengan tragedi yang berlaku.

Namun kematian Marwa al-Sharbini hanya diketahui oleh segelintir umat Islam di seluruh dunia. Wanita yang syahid hanya kerana mempertahankan jilbabnya itu tidak mandapat liputan meluas sebagaimana matinya seorang Raja Pop, Michael Jackson. Begitulah reaksi kematian Marwa al-Sharbini yang hanya seorang ibu dan bukannya Raja Pop dunia!


Dipetik dari majalah AL ISLAM September 2009
Bahagian: UMUM
M/s: 77
Oleh: Nor Shamsinor Baharin
Tajuk: MARWA AL-SHARBINI, tangisan kematiannya tidak sehebat Michael Jackson

_____________________________________________________________________________________________




Tuesday, January 18, 2011

Salahkah Aku Bercinta

Sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan dengan panjang lebar...
Namun jika cinta ku datangi, aku jadi malu
pada keteranganku sendiri....

MESKIPUN LIDAHKU TELAH MAMPU MENGURAIKAN...
NAMUN TANPA LIDAH,
CINTA TERNYATA LEBIH TERANG...

Sementara pena begitu tergesa-gesa
menuliskannya,
Kata berpecah berkeping-keping,
Begitu sampai kepadanya

Dalam menguraikan cinta,
Akal terbaring tak berdaya...
Bagai keldai terbaring dalam lumpur...

Cinta sendirilah yang menerangkan...
CINTA DAN PERCINTAAN..
"Cinta ada kekuatan yang mampu..
mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur
mengubah malang jadi untung,
mengubah sedih jadi riang
mengubah setan jadi manusia,
mengubah iblis jadi malaikat
mengubah sakit jadi sihat,

mengubah bakhil jadi dermawan
mengubah kandang jadi taman,
mengubah penjara jadi istana
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi mahabbah
Itulah dia Cinta.."

(Ketika cinta bertasbih 1)
...................................................0_o...........................................................................
Bismillahirahmanirahim….ku mulakan kalam catatan..

Salahkah aku bercinta ??

Apa itu C.I.N.T.A ??...

CINTA adalah anugerah Allah kepada setiap manusia..perasaan ini adalah satu fitrah.
Kata cinta dalam Al Qur’an disebut Hubb (mahabbah) dan Wudda (mawaddah), keduanya memiliki erti yang sama iaitu menyukai, senang, menyayangi.

 Cinta sebenarnya lahir di Syurga..bagaimana Nabi Allah Adam a.s yg kesunyian lalu Allah ciptakan Hawa menjadi temannya..di situ berputiknya cinta. Didatangi cinta di dunia penuh cabaran dan dugaan agar ia kembali semula ke Syurga. 

“Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga).” Dalam ayat ini Hubb adalah suatu naluri yang dimiliki setiap manusia baik yg beriman maupun manusia durjana.
(al-imran: 14)

“Sesungguhnya orang-orang beriman dan beramal soleh, kelak Allah yang maha pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang ” jadi Wudda (kasih sayang) diberikan Allah sebagai hadiah atas keimanan, amal soleh manusia.
(surah Maryam: 96)

“ Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah ia menciptakan untukmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” Dalam ayat inipun Allah menggambarkan ‘cenderung dan tenteram’ yang dapat diraih dengan pernikahan oleh masing-masing pasangan akan diberi hadiah (ja’ala) kasih sayang dan rahmat.
(ar-Rum: 21)

Banyak yang diperkatakan tentang Cinta sejak dahulu lagi:
1.    Nabi Ibrahim sendiri jika dilihat, kerana Cintanya kepada Allah..baginda berusaha mendakwah  ayahnya sendiri Aazar yg merupakan pengukir dan pedagang berhala. Meninggalkan isterinya Siti Hajar di tengah padang pasir yang kering kontang bersama anaknya Nabi Ismail kerana perintah Allah. Diuji lagi dengan ujian menyembelih anaknya Nabi Ismail. 

2.    Rasulullah membawa cinta Allah yg merubah zaman Jahiliyah kpd keamanan.



CINTA MANUSIA BAGAIMANA ??

Tidak salah mencintai sesama manusia…krn apa ??...krn itu SATU lumrah..NORMAL lah tu…Cuma bagaimana kita mengaplikasikan cinta itu ??
Kupasan ini bukan sekatan kpd keinginan hati manusia..tetapi Allah dah bg warning !!

“MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA !! 

Cinta boleh dibahagi kepada 4 bahagian:
§  Mata- cinta biasa antara manusia kini
§  Akal- cinta sebagai keperluan emosi
§  Nafsu- cinta dijadikan alat/platform untuk melampiaskan nafsu …..(….jika dikaji baik2..bukankah cinta yg dikurniakan Allah kpd haiwan adalah berasaskan nafsu…fikrkan..)
§  Hati- cinta hakiki

Pertama à Cintailah Allah. Sesuai dgn ungkapan ini “Cinta paling banyak memberi, bukan menerima”..Allah memberi tanpa meminta. Walau secubit kepayahan yg diberi, Allah lbh tahu kemampuan kita..tidak diduga hamba itu melebihi kemampuannya.  

…cinta yg dicari itu baik…
…cinta yg ditemui itu lebih baik…
…Mujahiddah itu pahit kerana Syurga itu manis…

Allah Subhannahu wa Ta'ala mencintai dan dicintai. FirmanNya dalam surat Al-Ma'idah:

"Maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah."

Mereka yang dicintai Allah Subhannahu wa Ta'ala :

Attawabun (orang-orang yang bertaubat), Al-Mutathahhirun (suka
bersuci), Al-Muttaqun (bertaqwa), Al-Muhsinun (suka berbuat baik) Shabirun (bersabar), Al-Mutawakkilun (bertawakal ke-pada Allah) Al-Muqsithun (berbuat adil).

• Orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam satu barisan seakan-akan mereka satu bangunan yang kukuh.

• Orang yang berkasih-sayang, lembut kepada orang mukmin.

• Orang yang menampakkan izzah/kehormatan diri kaum muslimin di
hadapan orang-orang kafir.

• Orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) di jalan Allah.

• Orang yang tidak takut dicela manusia karena beramal dengan sunnah.

• Orang yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah dengan ibadah sunnah setelah menyelesaikan ibadah wajib.

Keduaà Cintailah Rasulullah. Suatu ketika Rasulullah menangis..lalu ditanya oleh para sahabat kenapa baginda menangis??..Lalu kata Nabi..beruntunglah bagi kamu wahai sahabatku krn kalian beriman kpd ku dan masih bersama dgnku..tp umatku yg nnt beriman kpd ku tanpa sempat berjumpa dgnku..begitu mencintainya Rasul kpd umatnya kini.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Baginda bersabda yang maksudnya, “Bertuahlah sesiapa yang melihatku dan beriman padaku.” Mendengar sabdanya ini mungkin kita umatnya yang datang kemudian agak sedih dan terkilan kerana tidak turut terangkum dalam sabdaannya itu. Tetapi alangkahnya terhibur hati kita apabila mendengar Rasulullah menyambung lagi sabdanya dengan bersemangat, “Bertuahlah, dan bertuahlah, dan bertuahlah, sesiapa yang tidak melihatku dan beriman padaku.”

Rasulullah juga amat mencintai isterinya Siti Khadijah berbanding isteri2nya yg lain..krn apa ??
·         Siti Khadijah beragama dgnku ketika org lain kufur
·         Siti Khadijah membenarkan kata2ku ketika org lain mendustakannya
·         Siti Khadijah memberikan hartanya ketika org lain mencemuhku
·         Siti Khadijah melahirkan anak2 sebagai zuriatku

Ketigaà Cinta antara anak2 dan ibu bapa sebenarnya wujud tanpa kita sedari. Sedari dalam kandungan lagi cinta ini berputik..tp syg..ramai yg tidak terus menyuburkan cinta ini apabila semakin dewasa. Tidak mustahil jika ana katakan bila cinta tidak dapat dirumah..maka ramailah anak2 mula mencari cinta diluar… bak kata sam dlm Adnan Sempit
“Di mana ada kemahuan…di situ ada Highway”
 ..hmm…terutamanya anak perempuan..tp anak lelaki pun tak kurang hebatnya..masakan pokok bergoyang jika tak de angin..kalau tak lelaki ngn prempuan…apalagii !!... ingatlah kalian wahai anak-anak sekalian..ibu bapa kita mungkin bukan yg terbaik…tapi kita perlu mencari dan memandang kebaikannya…Insyallah akan anda temui cinta mereka.

Keempatà Bila dah dibius cinta maka mulalah ayat2 jiwangnya:
…lautan api sanggup ku renangi…
…mandi tak basah…
…tido tak lena…
…makan tak kenyang..

Apa manfaat yg kita dapat??..ingatlah kalian wahai manusia..

قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
(al-Hijr: 39)
Syaitan telah bersumpah akan menjadikan maksiat itu indah.

Kelimaà Cinta kepada manusia adalah seiring dgn tanggungjawab..makanya bagaimana seorang suami menunjukkan rasa cinta kpd isteri adalah dgn tngjwb memimpin dunia akhiratnya (termasuk menjaga batas aurat isteri dgn bukan muhrimnya), mencari nafkah, mengajar ilmu kepadanya dll.
Kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum kita mencintai diri sendiri..kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum mencintai Allah..krn DIA adalah pencipta kita.



Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa
cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak
cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa
cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa ber
cinta di surga
Angkara iblis terpisah menderita
Karena
cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Karena
cinta kenal Pencipta
Karena
cinta kenal RasulNya
Karena
cinta kenal saudara
Bahagia keluarga


Dengan
cinta kenal Pencipta
Dengan
cinta kenal RasulNya
Karena
cinta kenal saudara
Bahagia keluarga

Hidup tanpa
cinta sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta yang merajai jiwa
Dibatasan
cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Bumi ini mengharapkan
cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaanku

Akhir kalam…

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam
dirimu, maka hilanglah cintaku padamu"
wallahualam..


p/s: Dipetik dan diubahsuai dari diskusi ilmiah yg bertajuk Salahkah Aku Bercinta oleh Ust. Pahrol Juoi & Ust.Shaari dari Auditorium Fak. Pendidikan UM.
__________________________________________________________________________________________________