Tuesday, February 28, 2012
mencuit HATI
Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."
1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥
wallahua'lam ^_^
_________________________________________________________________________________
Labels:
Qaseh_shauqah
Sunday, January 15, 2012
TUHAN BERIKANKU CINTA
Tuhan ciptakan dunia itu sangat indah...
Jangan sampai kita tidak tahu memanfaatkan dunia ciptaan Allah itu...
Berhati-hatilah sama dunia...
Terutama berhati-hatilah sama perempuan...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bicara ilmu dengan seorang sahabat setelai usai usrah CINTA Allah..
Seorang sahabat ana bertanya pada ahli kami;
Bagaimana hendak menghindarkan diri daripada berbicara soal perkahwinan tatkala usia sudah semakin meningkat ?
Suatu topik yg menarik minat ana...
Lalu bicara si manis kami:
“perkahwinan itu adalah lumrah kehidupan sayang...sedangkan nabi lagi menyeru ke arah itu..sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)
kita sama sekali takkan mampu menipu perasaan kita untuk tidak membina keluarga sakinah..tetapi mungkin faktor “belum sampai jodoh” menyebabkan kita mahu mengelak sedaya mungkin...apatah lagi tatkala sahabat2 sekeliling yg sudah pun membina masjid dan bakal bergelar suami/isteri tak lama lagi..
jika kita tidak mampu menepis soal itu, adalah lebih baik kita bawa dunia pelayaran fikiran dalam persediaan menjadi seorang anak dan ibu kepada generasi akan datang.. maksudnya??...hmm...
“Ibu”
...cuba muhasabah balik diri kita dan bersoal jawab..bagaimana aku hendak mendidik dan membesarkan anak-anak yg insyallah bakal lahir dari rahim kita sendiri..
Anak soleh...anak pintar...anak tinggi agamanya...anak taat dan macam2 lagi...tapi mampukah ia direalisasikan sekiranya sekadar meniti di bibir mulut ??
Ayuhai sahabat yg dirahmati Allah...
Cermin diri kita...check & balance balik..ada pepatah berbunyi ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’..mungkin ada benarnya pepatah tersebut..jika kita nak anak2 dan generasi kita seperti yg diharap..adalah wajar kita membentuk dan mempersiapkan diri kita terlebih dahulu...jgn kita jadi seperti ‘ibu ketam yg cuba mengajar anaknya berjalan lurus’...mungkin boleh, tapi wajaranya ibarat 10:1. Tapi ini bukan bermaksud ...contoh je ni..jika kita masa belajar tak genius mana pon (ecece..) tak semestinya anak esok2 tak jadi pandai...tapi yg dimaksudkan strategi kita mengatur kepentingan dunia & akhirat perlu difikir dari sekarang..jgn kita tau nak tawakal je semata2...ayoyo...mampukah ???...Insyallah (^_^)v
p/s: nak anak yg taat pada kedua ibu bapa..silalah..plizzlah...tolonglah jadi anak yg taat..klu rasa2 tak bpe nk taat, sila taat mulai saat dan minit ini..(mood: rindu kat ayahanda dan bonda..doakan ana jadi anak yg taat)
“Isteri”
Yang ni cerita di luar topik usrah kami...tetibe mase ngah naip2 ni ana teringat kata2 seorang sahabat...dia ni nak cari seorang calon isteri (mood nak kawen lah tuu...x nak ngaku...)..katanya.. “ana tidak mengimpikan seorang isteri yg sempurna pun (boley cayer ke..kui..kui..)..tapi cukup sekadar agamanya terpelihara (salah2 cikit tu biasalah..kita bukan maksum)..esok2 tunggu dia balik keje (baiknya klu dapat bini cemgini..ecece..)..tahu jaga dia..tahu jaga hati dia (pedasss sungguh..hmm..) menjaga hubungan keluarga dua2 belah pihak (jgn dok buat onar)..cukup sekadar itu” jelas..ringkas..dan padat..itulah definisi ‘isteri solehah’ pada sahabat ana tu..pikir pye pikir..sikit je tu, klu beli barang kat pasar raya pon tak sempat panjang resit kat kaunter...alah macam org dok tulis2 kat blog tu “CIRI2 ISTERI SOLEHAH” kan panjang berjela2..ini cam ciiipppuuuttt je..bagus sungguh sahabat ana ni..kire senang lah sape nak hantar resume kat dia untuk masuk pencalonan “CALON ISTERI”....hehehe..cepat2..tp dia selalu ugak dok sebut, klu boley nak org Sabah...ntah apalaa dia minat sgt kat org negeri di bawah bayu tu...tolong jawab..tolong jawab ukhti2 Sabah !! ...sahabat ana ni al-minatlah sangat ngan lagu kopratasa ‘permata untuk isteri’ (jiwang karat btol..) sape2 yg nak antar resume tu bolehlah kepilkan lirik atau minus-one lagu tu...(kira bodek lah tu...hehehe..)
Tapi sahabat..lepas dipikir2...ditapis2..diblender2..diayak2..barulah dapat hasilnya !! Subhanallah...kiasannya teramat dalam...dalam erti kata lain istilah “TAAT” itu menjadi tunjang utama yang bergerak seiring dgn title ‘solehah’ itu...fuhh penat nak pikir ni...cam ne..cam ne ni..
Sekarang dah tak cam dulu..byk yg boley belaja..bak kata sahabat ana tu “bukannya nak kawen esok pun”...soooooooo sempat lagi nk study (naseb baek lah kat universiti tak dak kuliah kawen2 ni...klu tak mmg tak cukup kerusi lah dewan kuliah subjek ni..exam plak dah tentu2 dapat A+ + +)..byk je buku2 berkisar ttg ni..dalam Lebai Google..Ustaz Youtube..dan cam2 lagi...tapi ingat !! belajar bia berguru..klu tak paham, rujuk pada yg pakar..kan sesat susah je...free2 dapat gelaran sepupu Ayah Pin..aiyaakk !
Daripada Abi Umamah al Bahili r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah setelah bertakwa kepada Allah ialah isteri yang solehah di mana bila suami memerintahkannya nescaya akan taat kepadanya, dan jika suami memandangnya dia akan berhias justeru menggembirakannya, dan jika suaminya bersumpah ke atasnya nescaya dia menunaikannya dan jika suaminya tiada, dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta suaminya." (Riwayat Ibn Majah ).
"Berkahwin itu satu keberkatan dan anak itu suatu rahmat, maka muliakanlah anak-anak kamu, maka sesungguhnya memuliakan anak-anak itu ibadat."
Itu jee sebernya nak cerita kali ni..tapi tajuk cam tak matching je ngan story-mory kali ni..awaitt ?? ..saje je buat motivasi diri ana “Ya Allah..berikanku cinta bila sudah sampai waktunya agar hatiku tenang...dan jauhilah diriku dari terhumban ke lembah cinta manusia yg bukan hak ku” Mahkotakanku CINTA Keimanan. .Wallahualam
__________________________________________________________________
Labels:
Qaseh_shauqah
Wednesday, November 9, 2011
Barakallahulakuma..
Bismillahirahmanirahim…
Salam Aidiladha buat semua…kali ni bukan nak berstory-mory about ari raye…hmm…tapi sal kawen…klu adik2 junior ana dengar ni mesti…hihihi…topik kawen lagi.. raya kedua aidiladha kali ni menjadi saksi termeterainya ikatan kasih kekanda tersayang…selamat diijabkabulkan tepat jam 11.37 pagi…Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…dgn sekali lafaz…abis suda dup..dap..dup..dap di dada…ini pertama kali ana berada dalam masjid yg menjadi saksi terbinanya ‘ikatan halal’ di sisi Allah..dah 5 abg2 n kakak2 kawen…tp tak pernah dtg unt majlis akad nikah…
Hmm…nk dikongsi bersama..patut lah pengantin pompuan nangis2 bila lafaz diakad…berderau bulu roma ana..bila beralih status…tanggungjawab..makanya inilah nikmat rasa CINTA yg Allah kurniakan..
Besederhana dalam perkahwinan…perkara yg paling ana suka..termasuk dalam segenap aspek…hantaran kawen..baju kawen…majlis kenduri-kendara..Alhamdulillah..moga esok2 boleh menjadi pedoman pada diri.
Rasulullah pernah bersabda dlm riwayat Tarmizi: Memberi makan pada hari yg pertama adalah wajib (wajib jg dihadiri) memberi makan pada hari yg kedua adalah sunnah (suatu yg tidak ditegah, dan hukum menghadirinya adalah sunnah) dan memberi makan pd hari yg ketiga adalah sum'ah (riya' serta menunjuk2)
"Allah menciptakan manusia itu seorang diri. Lalu menciptakan jodoh2 buat mereka. Dari sepasang itulah kemudian berkembang biak manusia lelaki dan wanita (surah 4:1). Dan diantara tanda2 kekuasaan Allah adalah diciptakannya isteri2 dari golongan manusia sendiri, supaya mereka boleh hidup senang dan tenteram. agar boleh saling bercinta dan berkasih sayang. Tanda2 itu tentunya berlaku bagi orang2 yg mahu berfikir (30:21)"
buat abg & kak..
“Barakallahulakuma wa Baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair wa razakakuma zurriyatan tayyibatan tanfaul ISLAM wal muslimin”
aku terima nikahnya....
Selamat Pengantin Baru
Semua org gelak besar..bila barang hantaran yg dibawa oleh anak kecil ini jatuh tergolek..
yg kaler ijau belah laki...yg biru belah pompuan...
ni lah hasil pulut semangat ana susun setengah jam sebelum Majlis..kira ok lah tuu..hihihi
______________________________________________________________________________________________
Labels:
Qaseh_shauqah
Sunday, October 16, 2011
CONVOCATION DAY
Alhamdulillah…ana panjatkan rasa syukur dan penuh rasa kerdil atas rezeki yg Allah berikan. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah.. 7 Oktober 2011, dianugerahkan pengijazahan dari Universiti Malaya. Tepat jam 10.27 pagi Jumaat, ana menerima scroll Ijazah Sarjana Muda dengan air mata kesyukuran. Tidak ada yg terlintas di mata hati pada ketika itu, melainkan wajah ayahanda, bonda, keluarga, guru2 dan pensyarah..Alhamdulillah, kalian adalah guru terbaik mencorakkan kehidupanku.
Bersempena dengan ulangtahun kelahiran yg jatuh 2 hari sebelumnya, iaitu 5 Oktober, maka ini adalah hadiah paling bermakna untuk tahun ni. Ana hargai tanda kasih warga Mujibur Rahman yg membuat kejutan kek harijadi jam 12.01 tgh malam…hehe…syukran adik2 syg..
Keluarga tercinta..terima kasih atas kehadiran kalian memberi sokongan dan anugerah tahniah di hari Konvokesyenku…thanks to my beloved Bonda, Kak Nin, Abe Aziz, Kak Ju, Abe Lan, Kak Na, Abe Yie, Abe Hafiz, Abe Azim, Adik Syukriah…… my anak2 buah..Asyraaf, Ili Insyirah, Irfan, Zahin, Isam, Naufal….16 org (Alhamdulillah)
Pada teman2 dan sahabat…terima kasih atas ingatan kalian..thanks untuk bunga, bear, coklat dan macam2..moga ukhuwah ini dirahmati Allah.
__________________________________________________________________________________
Labels:
Qaseh_shauqah
Sunday, September 25, 2011
TIDAK BER'TITLE'
Terasa damai mempunyai insan2 istimewa di sekeliling…bulan Ramadhan yg penuh baraqah berlalu pergi dan membawa syawal sebagai pengganti. Bagai satu tradisi zaman-berzaman di kota metropolitan ni…bila mana sepanjang bulan syawal ‘open house’ hampir memenuhi jadual tiap kali weekend menjelang…Alhamdulillah, ukhwah silaturahim tu makin erat..
Jalan2 umah lecturer kali ni benar2 mengajar ana erti “bersyukur” dan “bersabar”. Cekalnya insan ini ditakdirkan buta matanya kekal…hmm..Allah Maha merancang dan menguji.
Dr. Ahmad Kamal Ariffin…ditakdirkan berkongsi hidup dengan isteri tercinta Pn. Nur Hannah yg celik matanya. Kekurangan yg ada pada Dr. Kamal tidak pernah menjadi satu alasan untuk beliau berjaya dalam kehidupannya…menguruskan kehidupan dengan sempurna. Ana cukup kagum dengan insan ini…cukup bangga dgn pengorbanan isterinya yg bukan saja menjadi suri hati padanya, bahkan cukup tekun dan sabar membantu dalam segala aspek. Allah Maha merancang susun atur kehidupan hambanya..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.
Seharian ber’open house’ di rumahnya bersama my beloved friend, Fatihah Adam dan K.ila….menu yg paling menarik “cendol honeydew”…ada rezeki dan peluang nak buat sendiri…insyallah..
Sempena ulangtahun kelahiran Dr. Kamal yg jatuh pada 16 September (bersamaan Hari Malaysia)….selamat hari lahir Dr. Moga Allah merahmatimu..keluargamu..dan CINTA kalian sentiasa diberkati…Amin.
Dr. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus kini merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.
p/s: jika beliau yg buta boleh melalui kehidupan dgn begitu baik...perlulah kita tau mensyukuri dan memanfaatkan sebaik mungkin anugerah yg ada.
cik tiehah & cik ila
baby k.ain...umilia hani
______________________________________________________________________________________________
Labels:
Qaseh_shauqah
Wednesday, September 14, 2011
CALON ISTERIKU
Coretan untuk calon isteriku...
Tangan ini mula menulis apa yang telah dirangkai oleh hati ini di dalam kalbu..
Aku mulai tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang...
Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu, tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya...
Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan “kau tercipta untukku”...
Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah...
Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku...kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tanggungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku...iaitu dirimu...
Aku mulai mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu...
Aku menginginkan pertemuan kita yang pertama...aku kelihatan ‘sempurna’ di hadapanmu...walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini...
Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu...
Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran dalam urusan penting...
Kerana aku risau akan menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya...
Kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku...
Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz...diriku diselubungi jubah, digelar syeikh..lidahku mengajak manusia ke arah ma’aruf, digelar da’i...
Bukan itu yang aku pinta...kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah...
Yang aku takuti..diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku...
Baik yang indah berhijab...atau yang ketat berT-Shirt....semuanya singgah disisiku...
Aku risau imanku akan lemah...
Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini..
Rasullullah s.a.w pernah bersabda, “Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita” (HR Bukhari, Muslim, Tarmizi)
Aku khuatir amalanku bukan sepenuhnya untuk Rabbku...tetapi untuk makhluknya..
Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini...
Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga..
Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain...
Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca yang menyilau...
Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Loh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita...
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi men’soleh’kan diriku...
Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehan’mu...
Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik”
Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada disisi...
Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu...
Di sana engkau setia menunggu diriku...tetapi di sini aku curang kepadamu..andai aku bermain dengan cinta fatamorgana...
Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri...
Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu...cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita...
Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian di antara kita kerana itu pesan Nabi...
Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah putih seakan putih telur ataupun bibir merah bak delima..tetapi cukup Cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi..
“Kahwinilah isteri kerana empat perkara: keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal”
Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya...
Akan ku jadikan syaro’ sebagai pendinding diri kita...
Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai ‘cop’ halal untuk mendapatkan dirimu...
Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan...agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan...
Yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin...
Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu...kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku...
Dariku : Calon suamimu
___________________________________________________________________________________
Labels:
Qaseh_shauqah
Tuesday, September 6, 2011
PUASA ENAM
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].
Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.
Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).
Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]
Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].
Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.
1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.
Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]
2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:
Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].
3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.
Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?
Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.
Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]
Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.
Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.
Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.
Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.
Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:
Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.
Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian.
p/s: di 'copy' and 'paste' untuk perkongsian
__________________________________________________________________________________________
(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].
Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.
Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).
Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]
Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:
( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].
Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:
1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.
Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِين[ [آل عمران: 133]
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]
2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ )
رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].
قال النووي في شرح مسلم: “وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان.”
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].
3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.
Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?
Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.
Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]
Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.
Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.
Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.
Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.
Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:
(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.
Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian.
p/s: di 'copy' and 'paste' untuk perkongsian
__________________________________________________________________________________________
Labels:
Qaseh_shauqah
Subscribe to:
Posts (Atom)






