Sunday, January 23, 2011

Cantik ke ??!

"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat".
Surah Al.A'araaf (26)
Bismillahirahmanirahim..

Kini sudah hampir tiga tahun ku berada di alam kampus..satu isu yg takut dan ngeri sering menari2 di depan mata ana…soalan yg bermain2 di benak fikiran ana…bilakah semua ini akan berubah?? Bila akan sampai hadir kesedaran ini?? bila ??....bilakah ??
Isu ini tersangat lah remeh jika dipandang oleh orang lain mungkin..tapi bg ana..ia sangat menyakitkan hati dan sanubari..jiwa raga..dan segala macam lah..hal ini bukan satu fantasi, tapi ia realiti kehidupan..tidak terniat ana untuk menjatuhkan aib mana2 individu..tp ana teramat geram…Subhanallah..

Ana malas nak ckp pasal dunia luar..cukuplah mengambil contoh fenomena yg berlaku di kampus ana…dan tidak terkecuali kampus2 dari IPT/IPTS dan yg sewaktu dgnnya…sebab ana perempuan/wanita/muslimat… jd isu ini sangat kena-mengena dgn nya..

“PAKAIAN”…inilah tepung yg bakal ana uli untuk kali ni…ana nk cakap bkn apa..tapi ana tersungguh malu dgn kaum hawa ini…bukan ana nak katakan yg pakaian ana pun kategori bagus..tp ok lah Insyallah..

Dipendekkan mukadimah…dlm dunia kampus ni klu di ikutkan semuanya educated gitu !!...tapi di mana silapnya ??...dari keluar je pintu bilik kolej kediaman..sampai ke fakulti..ada saja kaum sejenis yg melintas di depan dgn pakaian yg………..hmm…….why ? Negara Malaysia ni panas sangat ke cuaca nya??......tak cukup itu…ketat lah pulak…tak cukup kain ke guana ?? itu belum lagi di adun dgn tudung yg pelbagai gayanya…memang lah maju..ikot fasion..ikut peredaran masa gitu..tapi gadaikan tubuh untuk santapan siapa??..MasyaAllah..

BAJU= sebolehnya cukup ketat melekat kat tubuh..yg tak pakai tudung pulak..leher baju sebolehnya nk selebar2 mungkin…klu baju kurung pulak…kainnya MasyaAllah nipis..pakai inner lh konon..tp ketat jgk..still bentuk body..

TUDUNG =kerana fasion..artis dijadikan role model untuk tudung…tp sedarkah kalian ?? ...kalian menurut arus individu yg bagaimana??...sedangkan Allah yg agung sudah memberi peringatan ttg ini:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
( Al-Ahzaab 33:59 )

 "Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."
(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Tudung 'Mickey Mouse' 

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.


Tudung Lilit

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.


Tudung 'See Through' 

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.


Tudung Jambul 

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)


Tudung 'Singlet' 

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

Tudung Saji 

Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Sekarang nak salahkan siapa??

Bagi ana..pentadbiran dan pengurusan pun terlibat sama..masakan pokok bergoyang klu tak de angin..dah tak de larangan yg sewajarnya..maka naik minyak lah…hitam putih perkara ini tidak dititik beratkan…sebab paksaan itu ditafsir sebagai kejam..biarpun Allah telah memberi amaran balasannya kelak..moga hati akan lebih terbuka untuk menyesalinya sebelum terlambat…muhasabah balik diri kita wahai kaum hawa..Allah jadikan semuanya indah jika mengikut syariat yg btol..islam ini tidak pernah menyusahkan..tp kita yg ambilnya menjadi sukar.. Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya.

INGAT !! sebab pakaian wanita yg tak dijaga batas2nya juga antara penyumbang terbesar kepada  peratusan lelaki untuk diheret ke neraka..Nauzubillah..
Manfaatkanlah ia ke jalan yg halal.. “Yang tertutup itu indah!”

Wallahu’alam.
______________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment