Tuesday, December 14, 2010

Demi Masa


Bismillahirahmanirahim…

Ingin sekali ana melakar kata untuk entri kali ini sebelum balik untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sem yg ada. Meskipun orang lain sudah hampir seminggu berada di kampung halaman, bersama kaum kerabat…kenduri sana, kenduri sini… ana ??!!..hmm..masih lagi dibuai angin kampus yg berada di kota metropolitan ni. Menjadi penghuni setia library membuatkan ana terasa seperti belajar kat UK plak…hehehe..apa tak nya..semua omputih je, foreign…yg tinggal org melayu stafnya aje…hai, tup tap tup tap…ana baru saja menghabiskan sem 5 kat sini…bermakna tinggal lg 1 sem ..oh tidak !!!
Rasanya masih banyak yg  belum diteroka sepanjang bergelar mahasiswa..teringat kata-kata dua sahabat ana petang semalam..

“extendlah…nnt grad sama-sama…hahaha..xde maknenya..”

Hidup mesti diteruskan..banyak lagi komitmen yg perlu di ‘beres’ kan pada masa…opss coming soon !!
Panjang pulak selingan kat atas tu…hehe..ana sebenarnya juz nak ucap selamat bercuti buat semua..isikan ruangan cuti dgn perkara2 bermanfaat..ingat Allah sentiasa.

 Allah berfirman :


إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا (٢٧)

Maksud : Sesungguhnya golongan yang membazir adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.( Surah al-Isra’ : ayat 27)

Berdasarkan ayat di atas, Allah telah mempersaudarakan sesiapa melakukan pembaziran dengan syaitan. Ayat ini tidak terhad melakukan pembaziran harta benda dan kewangan semata-mata. Malah ia juga merangkumi pembaziran masa bila diisi dengan perkara yang sia-sia. Apatah lagi diisi dengan perkara yang mengundang kemurkaan Allah. Golongan yang tidak pandai menggunakan masa  juga tidak terlepas daripada firman Allah ini. 

Sabda Rasulullah saw : 

"Tidak akan berganjak kedua  kaki seorang hamba ditanya tentang empat perkara : tentang umurnya ? dimana ia habiskan,  Masa mudanya? bagaimana digunakan, hartanya? dari mana sumber dan bagaimana dipergunakan dan ilmunya? apakah yang diamalkan." ( Riwayat al Tabarani dan al-Bazzar; ) 

Berdasarkan hadis ini berkaitan dengan masa dua perkara yang akan disoal iaitu : umur dan masa muda. 

Allah juga bersumpah dengan masa dalam surah al-Asr. Surah ini kita sering baca bila berakhir sesuatu majlis namun isi kandungan diabaikan begitu sahaja. Di dalamnya Allah bersumpah bahawa manusia berada dalam kerugian melainkan empat golongan iaitu orang yang beriman, beramal soleh, golongan yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. 
Wallahu’alam

________________________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment