Wednesday, April 20, 2011
Tasbih Cinta ILahi
Yang indah hanya sementara,Yang abadi adalah kenangan,Yang ikhlas hanya dari hati,Yang tulus hanya dari sanubari,Tidak mudah mencari yang hilang,Tidak mudah mengejar impian,Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga,Ingatlah pada pepatah..
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai,maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
_______________________________________________________________________________________________________
Tsunami Hati
Sudah masanya daku berundur diri…
Dengarkan…
Isi hati penuh kejujuran..sepenuh keikhlasan..Ku damba hanya pengertian...
Jangan kau dengar fitnah dunia..Kerana ianya dusta semata-mata…
Sebenarnya aku merasa..Sinar cahaya yang gemilang…Ketika kau beriku harapan..
Dan sering aku harapkan…Cinta berlandas keimanan…Dan kasih suci yang diberkati..
Ku cuba sedaya…Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina..Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu…
Tuhan berikanlah..Ketabahan pada hatiku…
Isi hati penuh kejujuran..sepenuh keikhlasan..Ku damba hanya pengertian...
Jangan kau dengar fitnah dunia..Kerana ianya dusta semata-mata…
Sebenarnya aku merasa..Sinar cahaya yang gemilang…Ketika kau beriku harapan..
Dan sering aku harapkan…Cinta berlandas keimanan…Dan kasih suci yang diberkati..
Ku cuba sedaya…Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina..Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu…
Tuhan berikanlah..Ketabahan pada hatiku…
Ya Allah...jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya..janganlah biarkan aku melabuhkan hati aku dihatinya...kikislah pesonanya dari pelupuk mata aku dan jauhkanlah dia dari relung hatiku...gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih daripadaMu yang tulus murni...Dan tolonglah aku agar dapat mengasihaninya sebagai SAHABAT...
__________________________________________________________________________________
Sunday, March 27, 2011
'HIGHWAY' DAKWAH
Sabda Rasulullah SAW tentang peristiwa akhir zaman menjadi kenyataan dan berlaku di hadapan kita tanpa ragu-ragu lagi. Peringatan ini adalah tanda kasih sayang baginda kpd umatnya walaupun jauh melampaui masa dan waktu yg panjang. Hidup dan matinya hanya untuk ummah. Khidmatnya pd Allah tidak pernah dibatasi kepentingan duniawi, diri dan keluarga. Baginda berusaha melebarkan seluruh dunia dgn nur islam. Baginda adalah kekasih Allah. Kecintaan kita kpd baginda kan mendekatkan kita kepada Allah SWT.
Daripada Aisyah r.a…Rasulullah bersabda
“Barangsiapa menyambung hubungan dgnku, maka Allah menyambungkan hubungan dgNya, dan barangsiapa yg memutuskan hubungan dgnku, maka Allah memutuskan hubungan dgNya” (Riwayat Muslim)
Surat dakwah…menghubungkan hubungan dgn Rasulullah SAW amat mudah, namun memutuskan hubungan dgnnya jg mudah dan adakalanya berlaku tanpa kita sedar. Apatah lagi ketika kita dihimpit dajal globalisasi melalui komunikasi media baru yg sering memerangkap manusia akhir zaman. Apa yg Rasulullah tegah menjadi budaya kita secara tidak langsung. Fitnah-menfitnah, adu domba, sindir-menyindir, gossip, berburuk sangka adalah antara sifat-sifat terkeji dan terkutuk yg sangat ditegah oleh Rasulullah SAW. Namun krn itulah trend dajal media baru, kita berasa selesa dan larut tanpa disedari. Sepatutnya kemunculan media ini boleh kita gunakan untuk melebar luaskan jaringan dakwah seperti yg dituntut oleh Rasulullah SAW. Bahkan sirah menceritakan kpd kita bagaimana sepanjang hayat baginda menulis surat-surat dakwah kpd penguasa Negara-negara berpengaruh seluruh dunia termasuk Raja Najasyi, Euthopia, Raja Heraclius, Maharaja Kerajaan Rom, Raja al-Muqawqis, Raja Kaisar. Warkah baginda mengandungi kata-kata yg murni, berdiplomasi dan berwawasan, mengajak mereka untuk bersama dalam bahtera islam yg sedang baginda kemudikan.
Apa yg baginda lakukan sebenarnya member isyarat kpd kita terutama ketika era ledakan media baru ini supaya menggunakan ‘highway’ internet ini unt menyebar luaskan surat-surat dakwah kpd masyarakat. Medan media baru sgt mudah unt merosakkan ummah tanpa kita sedar..MasyaAllah..
Rasulullah SAW adalah contoh terbaik unt kita berhadapan dgn ledakan media baru masa kini.
Perkongsian & Renungan peringatan untuk diri ana dan muslimin muslimat. ~CINTA RASUL ~ Wallahu’alam.
__________________________________________________________________________________
Hanya satu pintaku
Ku biar kalam berbicara..Menghurai maksudnya di jiwa.. Agar mudah ku mengerti ..Segala yang terjadi ..Sudah suratan Ilahi..
Ku biarkan pena menulis.. Meluahkan hasrat di hati ..Moga terubat segala Keresahan di jiwa ..Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya..Tak melukai hatimu ..Mungkin sudah suratan hidupku .. Kasih yang lama terjalin ..Berderai bagaikan kaca ..
Ku biarkan pena menulis.. Meluahkan hasrat di hati ..Moga terubat segala Keresahan di jiwa ..Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya..Tak melukai hatimu ..Mungkin sudah suratan hidupku .. Kasih yang lama terjalin ..Berderai bagaikan kaca ..
Teman, maafkanlah diriku..
Ya Allah..Tunjukkan ku jalan..Untuk menempuhi dugaan ini ..wahai teman..sesungguhnya aku sedang berduka..maafkan aku kerana tidak sempurna dimatamu..
Ya Allah..Tunjukkan ku jalan..Untuk menempuhi dugaan ini ..wahai teman..sesungguhnya aku sedang berduka..maafkan aku kerana tidak sempurna dimatamu..
Teman, maafkan jika ku melukaimu..
Moga ikatan ukhwah yang dibina ini ke akhirnya..
Aku tidak kan berdaya ..Menahan hibanya rasa ..Kau pergi meninggalkan diriku ..Redhalah apa terjadi ..Usahlah kau kesali ..Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..sayang ini hanya kerana Allah..
Aku tidak kan berdaya ..Menahan hibanya rasa ..Kau pergi meninggalkan diriku ..Redhalah apa terjadi ..Usahlah kau kesali ..Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..sayang ini hanya kerana Allah..
_________________________________________________________________________________________________
Wednesday, March 23, 2011
SEDETIK CUMA
Allah yang Maha Mengasihani…
Bicara qalam kali ini hanya merungkai secubit dugaan dari Allah yang Maha Penyayang..hmm..beginilah penagan tahun akhir rupanya..sisa pengajian adakalanya tak mampu diharungi dgn ‘stabil’…hambatan tesis..lambakan asgmnt ..fieldwork.. presentation..dsb… MasyaAllah..hidup ni tak kan ada yg semudah disangka..tension..stress tu dh jadi mainan dlm gelungan hidup di kampus…tido, makan dh tak de jadualnya..
Dalam mengharungi saat2 genting ini..jangalah bertemankan air mata wahai sahabat2 tercinta..jgn kita terlupa walau sedetik, Allah ada bersama..
“LA YUKALLIFULLAH HUNAFSAN ILLA WUS'AHA"
tidak akan ALLAH membebani seseorg itu melainkan dgn apa yg dpt ditanggungi olehnya..."
Pernahkah kita cuba mencari kekuatan itu ??...sahabat, tanpa usaha ia takkan pernah datang bergolek…kuatnya kita…cekalnya kita hanya krn Pencipta kita..Rabbul Izzati.. kekuatan itu akan hadir jika ada ‘CINTA’..
Dedikasi buat sahabat perjuangan tercinta…
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...
__________________________________________________________________________________
Thursday, March 17, 2011
Masihkah Kau Ingat..
Masihkah kau ingat..cer cite…cer cite..
Bermulanya persekolahan di Tingkatan 6 rendah…pada suatu waktu kita hadir dengan berbaju biru nila, berkain/berseluar putih, bertudung putih dan berkasut hitam..saat waktu orientasi yg agak memboringkan..hehehe…sewaktu dlm perhimpunan sekolah, kita diminta tunggu sebentar..sewaktu ‘spotcheck’ pakaian dilakukan..cg hazimah mengamuk..marah2..katenya “sapo bagi arahe suh pakai kain licin ni?”…semua muka dh cuak..hahaha..lek lu..lek lu.. “kami meme dibenarkan pakai kain licin”…hahaha..terkedu suda cg hazimah..xpe2..misunderstanding gamoknye..
Masihkah kau ingat..
Suatu waktu pada peringkat permulaan awal kelas…ramai yg masih tidak putus2 mendapat tawaran belajar di tempat lain…satu persatu beransur pergi…hanya iringan doa yg mengiringi..
Pada suatu waktu kita diarahkan membeli baju PERTINE..malang sungguh tahun kita bila 4 the first time..kne tukar colour pulak..warna apa semua?? Warna oren..atau lbh sinonim dgn warna “tok cha”..huaawaaaa…tp xpelah…at least lain dry g lain (ayat pujuk ati)…ble bertembung ngn sekolah lain..malu je..nk2 batik SMK Putera yg cun sikittt je dr kita..ecece..
Masihkah kau ingat..
Suatu waktu kita akn sentiasa rehat bersama…mkn di kantin dgn SATU meja shj…yg laki campur2 ngn kelas lain..tak muat kan..hahaha…tp nk jgk dok semeja..camne tu..camne tu..sume org dibenarkan naik sebelah je siku..lepas mkn g mana?..wajib singgah koperasi..ada yg jd jurujual..ada yg jd tukang nyibok..adoiyaa..cg zaipila ngn cg zana mst ada jualan kosmetik baru tiap2 bulan..amboi dh pandai berjinak2 lak dak2 ni..
Masihkah kau ingat..
Tiap2 pagi tak pnah ada xtvt lain..melainkan nyiapkan kije sekolah yg tak pnah2 siap..hahaha…bila p assembly nk dok blakg..pastu terbongkok2 bt omwerk..klu time bt ekonomi siap disscution kat blkg..ble cg bertugas ronda2..bru bt khusyuk dgr perihal kt depan..ble lalu spotcheck pegawas handset sume sorok dlm buku..kdg2 ada yg kantoi..hihihi..cg hazimah klu bg omwerk cam suh salin sebiji buku teks…agaknya sbb tu lh smp skrg kita ni rajin menulis..
Masihkah kau ingat…
Bila Gie (Najihah) dpt tawaran jd ‘nurse’…huhuhu..tangkap leleh sume..boley plak skip kelas semata2 nk hantar Gie kat motor unt lepasi ‘depature gate’..cam nk g oversea gitu..kami sayang kamu..kurang suda ahli mesyuarat tingkap kami..
Masihkah kau ingat..
Bila kita tak siap kije sekolah..kne berdiri atas kerusi (omwerk cg hazimah)..malu sihh…kne bersila dekat koridor (omwerk mama)..terngiang2 di telinga “kakak ni tak amanah”..skrg ni kami dh belajar jadi amanah mama..cg adidah ngn cite Cameron highlands dia..berkesan melekat di sanubari kami..cg azilah penuh ngn semangat motivasinya agar sume masuk ‘U’…ktenya klu nk bercinta tunggu masuk U dlu..hihihi..ada yg blum berpunya lg ni camne?? Dh tahun akhir ni…comey..comey pye kelakar…buku tatabahasa Dewan dh jd kamus idup kita mse tu..sape yg bijak hafal muka surat t.dewan klu bukan eili.. Eili…hihihi..sahabat yg menjuarai carta tak dtg sekolah…asyik tertinggal bas ktenya..klu dtg je berpeluh2 pnatnya mgalahkan Le Tour De Langkawi..cayalahh…cepat2 pakai kereta ya eili.. Cg. Hartini ngn tudungnya yg lawa2..kecik molek je orgnya mngajar kami bt graf..tak siap tak leh balik (kelas tambahan)..
Masihkah kau ingat…
Cg praktikal yg disayangi…cg. Ja ngn cg. Ise..apa lah kabor diorg sekarang..masuk kelas je cite sal palapes..berkobar2 smgt nk masuk jgk semua…tp hampeh…hihihi…ble sesi kaunseling siap berlakon2 lg..cg kte nk belanja kami KFC..tp blum direalisasikan lg ni…hehe..
Masihkah kau ingat..
Tragedi hitam 08.08.2007…Tol Jelapang Ipoh Perak..roller coaster plg real dlm idup..time kasih krn kasih syg antara kita menjadi penguat unt terus bangkit berjuang di bidang ilmu wlupun ada yg down !! menggamit kejutan bt seluruh warga SMK Puteri..semuanya ketentuan Allah..apakan daya perancangan Allah itu lbh Maha mengetahui..Insyallah ada himah disebaliknya..ada cg.ja disitu ye..
Masihkah kau ingat…
Majlis PERTINE sbg penutup study mse form 6..persembahan lagu Ella kat hotel Oriental..hahaha..kelakar yg amat…shy shy cat sumenya..dh terpaksa nk bt gane..nseb baik ada vokalis terkemuka..abe paisal..hihi..bt muka Selenga je sume..
Masihkah kau ingat..
Pecutan terakhir sblm STPM..kelas asyik berpindah2…solat hajat..nangis2 m.mf..peluk erat yg penuh ksh syg..subjek demi subjek kita tempuhi..kita sama2 berpaut lengan sblm masuk exam hall..bajet nk ‘bluetooth’ subjek ekonomi..hehehe..sama2 baca doa sblm masuk exam..(student dr lua asyik pandang2)..hmm.. Last jumpe balik mase ambik result dan kemudian bwk haluan masing2..
Masihkah kau ingat...
memori ‘pulut lepa’ yg sedap..
memori baju T-Shirt kelas warna itam kelabu..
memori minum air kelapa dpn flat polis..
memori Forum BM peringkat QIT..
memori Kem Kecerlangan STPM..
terima kasih sayang:
Amir (Big Boss), Ejat (assit), Abbas, Peysal, Jahar, Knik, Eili, Lynn, Thah, Mazni, Ezyan, Achik, Ruby, P-sah, Zai, Hunny, Ayeen, Gie.
Cg Latifah (umi PA1), Cg Hartini (PA2), Cg Azilah (BM 1), Cg Norizan (mama BM 2), Cg Noriha (Sej 1), Cg R (Sej 2), Zaipila (Makroekonomi), Cg Zanariah (Mikroekonomi), Cg Adidah (Geog 1), Cg Hazimah (Geog 2), MUET.
UKHWAH ini kekal kerana kasih sayang Allah. 6 Atas Amanah 2006/2007 (SMK PUTERI)
__________________________________________________________________________________
Wednesday, March 16, 2011
Apa Khabar Hati ?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang..
Bersihkan hatimu..ingin sekali ana berkongsi cerita ini..
Tatkala pada suatu waktu…ana dan sahabat2 berada di taman2 syurga dunia…masyaAllah manisnya saat itu…perkongsian yang dibuka dgn ummul kitab..Al-Fatihah…dgn rasa syukur..Alhamdulillah…Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Terasa ukhwah itu begitu terpalit di hati kecil ini…bicara tentang ‘HATI’…qalbu…tanpa kita sedar..kita hanya mengambil berat tentang penjagaan fizikal luaran semata2tanpa menyuluh sejauh mana kebersihan hati kita ini. Celik mata dari tidur…hmm..apa khabar diriku hari ini ? sihatkah aku? ….tp berapa ramai yg bertanya..sihatkah hati ku hari ini ?...
Adakalanya soalan itu hanya dicetuskan bila kita ada rasa kecewa..mungkin krn bergaduh..naik angin…putus cinta..gagal.. dsb…bru ingt nk tye apa khabar hati?..(terkena batang idung sendiri)..Subhanallah..
Analogi yg digunakan sahabat dalam perkongsian ini sangat menarik…begitu tersentuh jiwa kecil ini..dibawanya sebotol air sunquick oren…diberi minum setiap orang antara kami..berkongsi kasih syg antara kami…
“apa rasanya ?”…
“manis”…hmm..Alhamdulillah..pye deria rasa yg masih normal..hehe..
Kemudian masih ada lagi sedikit baki dari air sunquick tadi…sahabat kemudian memasukkan uncang kopi ke dalamnya…lalu digoncang2…mencelah sedikit celoteh nakal darinya..’alah…hitam botol ni..basuh tak ilang nnt camne..’…hehehe…kemudian sekali lagi air yg bertukar warna tu diberi rasa sedikit seorang…namun ada yg tak berani…ana tak melepaskan peluang merasainya…hmm..sedap upenya…ala2 sunquick + capucino gitu..
“apa rasanya ?”…
“ada pahit2 likat sikit”…mimik muka yg sewaktu dgnnya..hehe..
Perumpamaan air tadi adalah ibarat “hati” kita…tika ia jadi air sunquick…ibarat hati kita yg putih…tp bila dicampur kopi…ibarat hati yg terkena setitik noda hitam…dan akhirnya lama-kelamaan ia menggelap seluruhnya…hmm…nauzubillah..
Kata sahabat kita digalakkan memasang pelbagai niat yg baik2 apabila ke majlis ilmu..kerana apa??...
“Iman Hambali sendiri memasang lebih kurang 40 niat tiap kali beliau ke majlis ilmu..krn belum kita ketahui sejauhmana niat kita akan dimakbulkan Allah”
Dosa itu umpama benda yg bergerak dalam hati kita..bersesuaian dgn kata2 ini:
“siapa anda menentukan apa yg anda lihat”
Jagalah hati demi kesucian kita di sisi Allah…bagaimana doa nak diangkat kiranya hati kita kotor??...tak hairan jk doa tak dimakbul Allah…jom flashback balik..muhasabah kembali…apa khabar hati ??
Sedikit perkongsian ringkas itu membawa kesimpulan…jge lah amal ibadah, percakapan..istighfar itu jadikan makanan rohani kita..mungkin adakalanya bila kt dlm keadaan marah tanpa sempat mengawal emosi (adakalanya ana begitu juga..) cakap dan tutur kata itu tidak ditapis (macam penapis air tu..)…jadi bila kita tersedar…istighfar lah kembali…tidak ada manusia yg terlepas dari melakukan kesilapan, namun Allah itu Maha Mengampuni lagi Maha Penyayang.
Tips bersihkan hati:
1. Carilah ‘hatimu’ di dalam solat
2. Jika tak jumpa..carilah ‘hatimu’ ketika membaca al-Quran
3. Jika tak jumpa..carilah ‘hatimu’ ketika bertafakur, mengingati mati
4. Jika tak jumpa…mintalah ‘hati’ yg baru
Wallahu’alam…ukhwah fisabilillah.
CINTA sahabat
__________________________________________________________________________________
Subscribe to:
Posts (Atom)






