Monday, September 20, 2010

Allah lebih menyayangimu



Ketika kalam ini berbicara, rindu padamu hanya ALLAH yang tahu.. syawal kali ini genaplah 3 tahun pemergianmu..doaku buat adinda tersayang, agar adik ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan moga adik bahagia di taman syurga..Insyaallah.

Adinda ana Nik Muhamad Hakim bin Nik Mustafa telah dijemput pulang ke rahmatullah pada pagi Jumaat, jam 10.30 pagi, 26 Oktober 2007, bersamaan 14 Syawal 1428H. Adinda Hakim ketika itu berusia 14 tahun, merupakan anak ke-11 daripada 12 adik-beradik. Kematiannya disahkan akibat renjatan elektrik daripada hair dryer”. Kata bonda, adik nak ambil enjin dlm tu untuk buat bot mainan banjir nanti. Menurut laporan, arus renjatan yg masuk ketubuhnya mengenai bahagian jantung dan menyebabkan ada kesam lebam pada dadanya, ibu jari tangan, dan ibu jari kaki. Kata doktor adik menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu dalam ambulans menuju ke hospital. Sukar untuk menerimanya..tapi kami redha krn Allah lebih menyayangimu. 

Menyingkap kembali kenangan sebelum waktu kejadian apabila kami berbicara soalnya…

“kata bonda…malam jumaat itu adik ada minta untuk tidur bersama abangnya Basir,..sebelum ini dia tidur bersebelahan bilik ana di tingkat bawah..namun pada malam itu dikhabarkan pada bonda untuk tidur dengan abangnya di bilik atas..tanpa rasa ragu bonda izinkan”....rupa-rupanya ini adalah malam terakhirnya…

“ana punya cerita…sewaktu Ramadhan ana bertanya padanya knp tidak pergi berbuka di masjid ? sedangkan sebelum ini dia gemar bersama ayahanda dan abang-abangnya berbuka di sana...di kampung banyak majlis berbuka puasa di masjid dan surau…dia membalas soalan ana dengan senyuman…katanya, dia rindu dan ingin lama berada dirumah, sayang rasanya nak tinggalkan rumah”…rupa-rupanya ini adalah Ramadhan terakhirnya di rumah…

“kebiasaan ramadhan-ramadhan yg lepas, hakim akan makan nasi sekali waktu berbuka dan sekali sewaktu balik solat terawih, mungkin proses tumbesarannya menyebabkan adik kuat makan..namun Ramadhan kali ini sekali dua sahaja situasi itu berlaku…ana tanyakan padanya kenapa dik ?...akim tak de selera”…rupa-rupanya ini meja makan terakhir kami bersamanya..

“kata jiran…2 3 hari sebelum kejadian…akim banyak dilihat termenung di jendela rumah dan banyak tersenyum apabila diajukan soalan..mula menjadi pendiam”…rupa-rupanya ini adalah senyuman terakhir darinya…

Kami tidak mampu menahan air mata tiap kali diajukan soalan daripada pelbagai pihak media yg berkunjung sepanjang minggu bertanya tentang kejadian ini…Utusan, Kosmo, Metro, Sinar Harian dll. Sudah puas dihalang pihak media, namun apakan daya…bertapa runtunnya hati akak bila berita adik dan gambar tertera di muka depan akhbar.

Selepas adik pergi, akak tidur sendirian di bilik bawah…tidak ada ketukan darimu tiap kali sebelum tidur “pagi esok kejutkan ya”…akak rindukan muka bangun tidur akim…

Tangisanku mengiringimu adinda tersayang..baju uniform pengakap akim masih kami simpan, tergantung di pintu bilik bonda..doa kami sentiasa mengiringimu..hadirlah dalam mimpi kami dengan senyuman krn kami teramat merinduimu…moga Allah merahmatimu dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..wallahualam


































__________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment