Monday, September 20, 2010

SAHABAT...

Bicara kalam hari ini adalah tentang SAHABAT. Setelah usia mencapai puluhan tahun, setelah pelbagai asam garam kehidupan dilalui, sahabat dalam erti kata kawan dan pendamping yg wujud dlm arena pentas kehidupan merupakan antara orang-orang yg penting dalam liku-liku hidup hingga saat ini. Sukar untuk ana tafsirkan bagaimana hidup tanpa kawan. Bagi ana mereka adalah antara individu yg dikurniakan Allah sebagai pelengkap hidup ana. Tanpa kawan tiadalah serinya. Tidak ada yg ana cari melainkan sahabat yg boleh mengembara bersama ana dalam mencari Redha ILAHI.

“Sahabat yang beriman…ibarat mentari yang mnyinar.
 Sahabat yang setia…bagai pewangi yang mengharumkan.
 Sahabat sejati..menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia…membawa kita ke jalan Allah !!”

Pilihlah selagi termampu..agar mereka adalah insan  yg sentiasa berjuang unt agama Allah..melunaskan kewajipan sebagai khalifah..taat pd Allah dan Rasulnya..berdiri unt agamanya..amal ma'aruf nahi mungkar...
Dalam mengharungi kehidupan “bersahabat”, Allah tetap menduga, adakalanya dugaan yg dtg lebih hebat daripada org yg bercinta. Kata orang sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dalam berkawan. Ana sangat sayang dan cintakan sahabat-sahabat ana, berusaha mengenali hati budi mereka agar kita senang dalam segenap urusan. Walaupun usia sudah semakin meningkat dewasa, tetapi sahabat ana ada dihati, ana sentiasa ketuk diri ini agar tidak menyimpan walau sekelumit dendam buat kalian…buat semua sahabat sekampung, satu sekolah rendah, sekolah ugama, sek Puteri, sahabat satu university, sahabat teknologi dll….ana dedikasi ini buat kalian --- >

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati
Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti
Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Sahabat:  persaudaraan yg dimaksudkan ialah hati dan jiwa ditautkan dgn akidah. Akidah adalah ikatan yg paling kuat dan paling beharga. Ukhuwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yg paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan sahabat (ithar). Allah SWT berfirman yg bermaksud: “Dan sesiapa yg dipelihara oleh Allah daripada kebakhilan dirinya, mereka itulah orang-orang yg beruntung.” (al-Hasyr:9)

No comments:

Post a Comment