Monday, September 20, 2010

DUNIA JAMBATAN AKHIRAT

Sewaktu usai sunat dhuha, ana sempat mendengar tazkirah agama melalui corong radio Kelantan. fm. Tajuknya berbunyi “Dunia Jambatan Akhirat”..sesuatu yg menarik, disampaikan dalam loghat kelate. Disini ana terjemahkan dlm bahasa baku sebagai perkongsian:

Hidup kita di dunia ini diibaratkan seperti “carbon paper”, apa yg berlaku di dunia akan terberkas di akhirat kelak. Beliau membawa satu analogi yg mudah melaui sebuah cerita. Ada satu kisah, dimana terdapat seorang lelaki iaitu pengembara muda. Pada satu hari, pengembara ini telah sampai ke sebuah negeri yang tidak beraja. Maka dia bertanya…

Kenapa negeri ini tidak beraja?

Maka jawablah penduduk…bahawa negeri ini tidak beraja kerana semua orang takut untuk menjadi raja.

Kenapa?

Kerana menurut adat disini, sesiapa yang menjadi raja, selepas 5 tahun akan dibuang ke suatu tempat yang tanahnya gersang, tanpa diberi makan minum mahupun harta. Mereka akhirnya akan mati kering di sana.

Setelah diceritakan, pengembara muda itu tadi dengan penuh yakin untuk menyahut cabaran dan minta supaya dia ditabalkan menjadi raja. Sewaktu itu timbul pelbagai pandangan oleh sesetengah golongan. Ada yang menyatakan “orang muda ini” mensia-siakan masa mudanya untuk kesenangan 5 tahun sahaja, sedangkan beliau tahu akan dibuang ke tempat yg kontang. Dipendekkan cerita, selepas 5 tahun berlalu, tibalah masanya untuk “orang muda” ini dibuang ke tempat yang kontang itu. Namun setibanya di tempat itu, semua orang begitu terkejut apabila tempat yg kontang dan gersang itu kini menjadi tanah subur, terdapat kebun, parit, rumah besar dan pelbagai kemudahan…cukup indah dan cantik…bagaimana ia berlaku ??

Ternyata “orang muda ini cukup cerdik akalnya”…sepanjang tempoh 5 tahun ia berkuasa sebagai raja, beliau telah mengerah supaya kawasan itu dibangunkan..dibuat kebun dsb..
Melalui analogi cerita ini dapatlah disimpulkan.. jika kita tidak mensia-siakan dunia kita, berbuatlah bekal semampunya untuk akhirat kelak. Jika kita terlalu leka dgn kesenangan dunia, maka pulanglah kita dgn tangan kosong mengadap Allah…ingat !! Dunia kita adalah JAMBATAN untuk sampai ke akhirat.. sahabat ana ada menyatakan:

“Dunia dan akhirat itu umpama rumput dan padi…
tanam padi rumput akan tumbuh jua, tetapi tanam rumput takkan tertumbuh padi. Begitu jua dunia dan akhirat..kejar akhirat dunia akan dapat bersama, kejar dunia hanyalah dunia semata-mata”



______________________________________________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment